Antara perkara yang penting sering dititik beratkan ketika membeli kereta ialah caj parkir. Kini, letaklah kereta di mana sahaja pasti dikenakan caj parkir. Hanya pada hari-hari tertentu sahaja caj parkir tidak dikenakan.

Oleh kerana itulah, ramai juga yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam, sekurang-kurangnya mereka tidak perlu memikirkan tentang lokasi meletakkan kereta kerana ruang yang terhad dan bayaran parkir yang agak mahal.

Nasib tidak menyebelahi seorang pemandu apabila dia dikenakan bayaran parkir yang sangat tinggi ketika meletakkan kereta di sebuah lapangan terbang di Singapura. Percaya atau tidak, dia dikenakan caj sebanyak SD3158.72 atau kira-kira RM9598.08 ketika meletakkan kereta di Lapangan Terbang Jewel Changi.

Menurut status Facebook yang dimuat naik pada 24 April lalu, seorang pemandu yang hanya ingin dikenal sebagai Supra Mac, 27, telah menyiarkan sebuah gambar mesin pembayaran tempat letak kereta yang menunjukkan satu bil berjumlah $3,158.72 (RM9,585.89).

Gambar tersebut kemudian tular di media sosial kerana jumlahnya yang sangat tinggi hanya untuk meletakkan kereta. Perkara ini dilihat seperti tidak logik kerana dia hanya berada di situ tidak lebih daripada 45 minit.

Encik Supra menjelaskan bahawa dia tidak dapat keluar dari tempat letak kereta kerana mesin itu menunjukkan dia mempunyai “baki yang tidak mencukupi”.

SupraMac|Facebook

Selepas dia menghubungi seorang kakitangan Jewel melalui interkom, dia dibenarkan keluar dari tempat letak kereta tanpa perlu membayar apa-apa bayaran parkir kira-kira 10 hingga 15 minit kemudian.

Encik Supra mengatakan tiada siapa yang perlu dipersalahkan kerana itu adalah kesalahan sistem dan pihak lapangan terbang telah pun menyelesaikannya.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah ketika dia keluar dari situ pada 10 April lalu, perjalanan keluar tersebut tidak direkodkan oleh mesin. Perkara ini disahkan sendiri oleh jurucakap lapangan terbang tersebut selepas menerima beberapa pertanyaan.

Travel Daily

“Tidak ada rekod pemandu meninggalkan tempat letak kereta dan dengan itu caj letak kereta menjadi tinggi sehingga lawatan seterusnya yang berlaku pada 24 April.”

Tambahan lagi, jurucakap itu juga menasihatkan pemandu supaya memandu dengan “jarak yang selamat” dari kereta di hadapan supaya sistem parkir itu boleh merekod semua kenderaan yang melalui pintu masuk dan keluar.

Sumber: THE STRAITS TIMES

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GAYA HIDUP GLOBAL

Video Popular