Penyakit jantung merupakan antara penyakit utama yang boleh membawa maut. Adalah sangat berbahaya jika mereka yang menghidap penyakit jantung tidak mendapatkan rawatan segera. Rawatan demi rawatan, ubat demi ubat harus diambil untuk memastikan penyakit ini tidak bertambah serius. Namun, pernahkah anda mendengar bahawa penyakit jantung boleh terubat dengan bantuan jalan yang berlubang? Aneh bukan?

Tetapi itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia disahkan sihat dan jantungnya kembali normal setelah menaiki ambulans yang melalui jalan berlubang. Dia berjaya dirawat sebelum tiba di hospital.

thegolfclub.info/Gambar Hiasan

Lelaki yang berusia 59 tahun dari Nebraska, Amerika Syarikat itu telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami penyakit arrhythmia, di mana keadaan jantung berdenyut secara tidak normal.

Lelaki berkenaan mempunyai denyutan jantung sebanyak 200 kali seminit, iaitu dua kali ganda lebih pantas daripada denyutan biasa, menyebabkan ambulans perlu datang mengambilnya di rumah. Perjalanan ambulans yang mengambil masa kira-kira 20 minit sejauh 11 kilometer itu terpaksa melalui jalan yang berlubang. Namun, muncul seolah-olah sebuah ‘keajaiban’ apabila denyutan jantungnya kembali normal setelah ambulans melalui jalan berlubang dalam perjalanan ke hospital.

PicsWe

Jika terdapat kes di mana ubat tidak berkesan, doktor akan melaksanakan prosedur electrical cardioversion di mana renjatan elektrik dialirkan pada dada pesakit bagi mengembalikan degupan jantung.

Dalam kes lelaki ini, keadaan jalan yang berlekak-lekuk itu telah memberi kesan yang sama sehingga menyebabkan degupan jantungnya kembali normal.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular