Kucing tangkap tikus adalah sesuatu yang kita ketahui sejak zaman kanak-kanak lagi, tetapi anda mungkin tidak pernah melihat ‘ayam menangkap tikus’!

Seorang lelaki yang melihat seekor kucing sedang bermain dengan tikus kecil bertindak untuk merakam video gelagat kucing dan tikus berkenaan.

Tetapi, sesuatu yang diluar jangkaan berlaku selepas beberapa saat. Seekor ayam yang muncul secara tiba-tiba dari belakang menerkam tikus kecil tersebut.

Kucing tersebut kelihatan tergamam kerana ‘mainannya’ telah dibawa lari oleh seekor ayam secara tiba-tiba. Mungkin ayam itu merupakan sahabat baik kucing tersebut yang mahu ‘menyelamatkan’ kucing itu daripada tikus itu.

Ayam itu beberapa kali bertindak menghempap tikus kecil tersebut ke tanah dengan menggunakan paruhnya. Hanya beberapa saat sahaja, tikus kecil tersebut kelihatan seperti sudah mati dikerjakan oleh ayam itu.

Ayam itu kemudian membawa lari tikus tersebut dengan menggunakan paruhnya. Tiada siapa yang tahu ke mana tikus tersebut dibawa lari.

Jika ada yang tidak percaya bahawa ayam mampu untuk menangkap dan membunuh tikus, tunjukkan video di bawah ini kepada mereka:

DanielBoe|YouTube

Sumber: Happy Share

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular