Video ini bermula dengan adegan biasa di bilik darjah. Sebuah bilik yang penuh dengan kanak-kanak yang sedang membuka bekas makanan tengahari mereka dan tunduk sambil menikmati makanan masing-masing.

Akan tetapi, seorang kanak-kanak mengeluarkan bekas makanan dari beg dan membukanya dengan segan, mendapati tiada makanan di dalamnya… Lalu beliau meminta izin untuk meninggalkan kelas semasa rakan-rakan beliau sedang sibuk menikmati makanan masing-masing.

Kanak-kanak itu merayau di sekitar dewan dan akhirnya kembali ke kelas dan duduk di mejanya kerana tidak tahu mahu ke mana lagi. Tetapi apabila dia membuka bekas makanannya sekali lagi…

Dia begitu terkejut kerana tiba-tiba ada makanan di dalam bekasnya. Rakan-rakan kelasnya berkongsi seorang sedikit untuk memberinya makanan.

Rakan-rakan beliau mengajar kita semua satu pengajaran untuk sentiasa mengambil berat terhadap orang di sekeliling kita.

Saksikan video yang mampu mengalirkan air mata.

Sumber: Fosterhjem/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular