Wang Kun telah bekerja di syarikat yang sama selama bertahun-tahun dan dianggap sebagai kakitangan senior. Apabila dua orang pekerja baru datang, majikannya meletakkan mereka di bawah bimbingannya dan dia mengambil tanggungjawab tersebut untuk memberi tunjuk ajar kepada dua orang pekerja baru itu.

Matlamatnya adalah untuk mereka membiasakan diri dengan sistem syarikat itu dengan secepat mungkin. Apabila tiba masanya gaji yang akan dibayar pada akhir bulan itu, Wang Kun terkejut apabila melihat slip gaji pekerja baru itu.

Mereka memperoleh hampir ¥5,000 (kira-kira RM3,000) lebih daripadanya. Ia mengejutkan Wang Kun kerana dia telah bersama syarikat itu selama 7 tahun dan mereka baru sahaja bekerja.

(Gambar hanya sebagai ilustrasi)

Dia membawa isu tersebut untuk dirujuk kepada majikannya, yang hanya berkata “Sukar untuk mencari pekerja baru sekarang dan gaji perlu lebih tinggi. Kami akan membawa masuk peralatan yang lebih baru, lebih berteknologi tinggi tidak lama lagi dan mereka perlu belajar cara mengendalikannya. Sila faham.”

Apabila dia meminta kenaikan gaji, majikannya marah dengan mengatakan bahawa dia telah bertindak keterlaluan serta menyuruhnya keluar dari pejabat.

Wang Kun telah mengendalikan peralatan syarikat tersebut selama bertahun-tahun dan dia tidak pernah menerima gaji sebanyak apa yang pekerja baru tersebut dapat.

Mengeluh dan marah atas perbualan dengan majikannya, dia membuat keputusan untuk memohon perletakan jawatannya dan meninggalkan syarikat tersebut.

(Gambar hanya sebagai ilustrasi)

Tiga hari selepas Wang Kun berhenti kerja, syarikat itu terpaksa menghentikan pengeluaran kerana pekerja baru tidak dapat mengendalikan mesin dengan cekap. Wang Kun sepatutnya membimbing mereka dan tanpanya, mereka seperti ‘tidak ketentuan’.

Bekas majikannya memanggilnya untuk bekerja semula dan merayu agar dia kembali, malah cuba membuatnya berasa bersalah dengan menuduh dia meninggalkan syarikat tersebut dalam keadaan yang terumbang-ambing. Dia juga menawarkan untuk menggandakan gaji Wang Kun.

Wang Kun lebih kecewa dengan tindakan majikannya dan tidak peduli tentang masa depan syarikat lamanya. Dia berfikir pada dirinya sendiri, “Mengapa tidak memperlakukan pekerja anda dengan lebih baik jika syarikat benar-benar menghargai mereka?”

Pxhere (Gambar hanya sebagai ilustrasi)

Dia sangat berpuas hati dengan syarikat dia sedang bekerja sekarang. Jawatan Wang Kun di syarikat lamanya dipegang oleh tiga orang yang berbeza sekarang tetapi tidak seorang pun daripada mereka boleh melakukan pekerjaan itu seperti apa yang dilakukan oleh Wang Kun.

Tidak peduli apa yang bekas majikannya menawarkan kepadanya, Wang Kun terus menolaknya. Dia merasa dihargai dengan pekerjaan barunya dan bersedia bekerja keras untuk syarikat tersebut.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular