Kita akan berasa tidak selesa sekiranya mempunyai jiran-jiran yang mengganggu dengan cara yang tidak sepatutnya tanpa memberi petunjuk dan amaran. Dan tiada siapa yang tahu lebih baik melainkan keluarga Russo yang mempunyai kira-kira 200 kawanan kambing yang mengadakan lawatan ke halaman belakang rumah mereka pada satu malam Isnin.

Di bandar Lincoln, California di mana Erin dan Scott Russo hidup bersama anak-anak mereka, menonton kelibat kambing biri-biri sudah menjadi satu kebiasaan, selepas bandar itu menggunakan ternakan untuk membersihkan lebihan rumput yang menyumbang kepada kebakaran hutan.

Tetapi, selama ini mereka melihat biri-biri bersama pengawasan, keluarga ini tidak perasan dan tidak terlintas di fikiran yang 200 biri-biri telah meragut rumput melebihi kawasan seberang pagar hanya kerana mereka terlihat rumah keluarga Russo nampak agak menarik.

Keluarga Russo dari California menerima beberapa tetamu yang tidak diundang yang mengambil alih halaman belakang rumah mereka.

Semuanya bermula apabila ketua keluarga Russo, Scott membuka pintu pagar halaman belakang rumah untuk memberi anak-anak perempuannya pemandangan yang lebih baik ke atas sekumpulan kambing biri-biri.

Erin Russo berkata, “Sekali dalam setahun mereka berada selama dua hingga tiga hari di situ untuk membersihkan lebihan rumput.” Dan Erin berkata dia tidak pernah mendengar tentang biri-biri ini menyeberang ke halaman rumah orang lain. Sedikitnya tentang apa yang mereka tahu mengenai kumpulan kambing biri-biri ini bahawa kadangkala biri-biri itu tidaklah sebaik mana untuk menurut kata.

Kata Erin, “Biri-biri yang bersikap ingin tahu telah mengintip kepala mereka di pintu pagar halaman belakang rumah kami buat seketika tetapi mereka tidak melarikan diri sebaik sahaja melihat kami. Kemudian satu demi satu telah datang, menjadi sedozen dalam sekejap mata, dan kemudian menjadi beratus-ratus. Ketika kami cuba menghalaunya, mereka hanya beralih ke bahagian lain di halaman rumah kami sementara yang lain terus membanjiri pintu masuk. Ia berlaku dengan begitu pantas.”

Suaminya, Scott Russo telah merakam kemaraan biri-biri ini melalui kameranya, lengkap dengan ulasan yang melucukan. Scott cuba berteriak kepada kambing-kambing ini dengan harapan mereka akan memahami mesej yang ingin disampaikan, tetapi haiwan ini mengabaikan arahannya.

Antara menahan rasa panik dan mahu ketawa, Scott mencuba segala-galanya termasuk membuat bunyi bising menghalau biri-biri sambil berteriak, ‘Keluar dari laman saya!’ Tetapi Erin tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya dengan berkata, “Suami saya kelihatan terhibur oleh situasi kelam-kabut itu, saya pula yang menjadi gugup dan bimbang. Saya berasa sangat terdesak supaya semua biri-biri itu dapat keluar dari halaman rumah kami.”

Dari rakaman video yang anda lihat Scott cuba untuk menghalaunya tetapi manusia ini bukan gembala kambing dan dia mengalihkan kameranya ke hadapan sambil berkata dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Sementara suaminya cuba menghalau keluar kesemua 200 biri-biri,  Erin membawa anak-anak kecilnya ke tempat lebih selamat. Katanya, “Pada mulanya kami semua berada di halaman. Tetapi, sebaik sahaja saya menyedari betapa banyak biri-biri yang masuk, saya bergegas ke dalam bilik bersama anak-anak dan melihat dari situ. Anak perempuan kami yang berusia 4 dan 5 tahun menganggapnya amat lucu. Mereka terus berkata, “Ayah, biarkan ketua mereka masuk!”

Semasa keadaan kelam-kabut, Erin mula melompat-lompat di atas trampolin dan membunyikan tamborin untuk mencuba menakutkan kesemua biri-biri ini.

Akhirnya, pasangan Russo dapat mengeluarkan sebahagian kambing biri-biri tetapi masih ada yang berpeleseran di halaman rumah mereka lalu Erin cuba untuk membantu dan memberi sokongan kepada suaminya.

Katanya, “Saya fikir sesuatu dengan bunyi yang kuat mungkin dapat membantu mereka meninggalkan kawasan itu. Jadi, saya mengambil tamborin anak perempuan saya dan membunyikannya. Bersama dengan bantuan suami, saya berjalan menuju ke arah mereka dan cuba menghentikan mereka dari terus masuk, akhirnya helah bunyi itu berjaya.”

Erin terus masuk ke dalam trampolin anak-anak dan melambaikan tangan dengan tamborin di tangan dan mereka berusaha menakutkan semua biri-biri. Dalam rakaman video itu, anda dapat mendengar suaminya berkata, “Terus bunyikannya, nampaknya ia berfungsi!”

Kesemua biri-biri kemudian bergerak ke satu arah untuk keluar dari pagar selepas mendengar bunyi dari tamborin Erin dan kemahiran Scott memandu arah 200 biri-biri supaya terus keluar!

“Semuanya berlaku begitu pantas. Ia tersebar daripada situasi lucu kepada keadaan cemas dengan pantas, tetapi apabila kembali mengimbas situasi itu, saya berasa cukup tenang tentang semuanya,” kata Scott.

Pada satu ketika, kesemua biri-biri ingin keluar secara serentak sehingga menggoncang seluruh pagar dan hampir menimbulkan kacau bilau tetapi syukur mereka semua berjaya keluar dengan baik dan bebas sepenuhnya. Erin berkata keseluruhan situasi panik itu hanya mengambil masa selama beberapa minit sahaja.

Katanya, “Mereka tidak suka bunyi bising dari tamborin, jadi mereka melarikan diri secepat mungkin ke arah pintu pagar sebaik sahaja saya mula menggegar dan membunyikannya.”

Akhirnya pengembaraan serta lawatan tidak diundang sekumpulan 200 kambing biri-biri berjalan dengan lancar dan gembira. Kata Scott, seorang bekas tentera, “Saya seorang lelaki dungu. Saya sentiasa mahu memberikan persembahan yang terbaik buat anak perempuan saya. Apa yang saya fikirkan apabila membuka pintu pagar itu?”

Selepas ini, keluarga Russo boleh katakan ia adalah tidak selamat untuk menghitung ratusan kambing biri-biri ketika mahu masuk tidur pada bila-bila masa pun.

Tonton video yang melucukan ini di bawah.

Scott Russo/YouTube

Sumber : Scott Russo/YouTube, Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular