Filem Avengers: Endgame berjaya mengutip RM4.9 bilion dalam masa kurang satu minggu. Jadi, tidak hairanlah filem ini banyak menjadi perbualan orang ramai dan juga sehingga hari ini masih ramai lagi bercakap mengenai filem ini di media sosial.

Petang semalam, gambar kemunculan ‘Spider-Man’ yang sedang membantu mangsa kemalangan di kawasan Beserah, Kuantan telah menarik perhatian netizen selepas gambar berkenaan menjadi tular di laman sosial Facebook.

Menurut Sinar Harian, ‘Spider-Man’ tersebut adalah Mohd Azlan Mohamd Ashari, 25 tahun, menjalankan gerai minuman yang dinamakan Tea Beng Avengers bersama rakan perniagaannya, Hasmizah Rashid, 39 tahun.

9gag

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama rakan niaganya sedang berniaga air minuman di tepi jalan tersebut. Kemalangan tersebut berlaku di hadapan gerainya.

“Kejadian itu berlaku depan mata, saya tengok kenderaan terbabit terbalik. Jadi saya niat ke sana untuk membantu. Saya tidak harapkan sebarang publisiti kerana niat asal saya adalah untuk membantu sebelum pihak polis dan pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian,” jelasnya kepada Sinar Harian.

9gag

Rakan niaganya, Hasmizah berkata, perniagaan air Tea Beng Avengers itu dimulakan sejak Mac lalu. Menurutnya, penggunaan kostum tersebut adalah kaedah pemasaran yang terbaik untuk menonjolkan kelainan kerana ramai yang menjual jenis air yang sama.

“Jadi, saya meminta Mohd Azlan untuk memakai kostum ‘Spider-Man’ dan ada beberapa kostum lain lagi seperti Mickey Mouse. Bila ada kelainan sebegini pelanggan akan mengunjungi gerainya selain mengambil gambar,” kata Hasmizah.

9gag

Bapa kepada empat anak ini berkata, gerainya semakin dikunjungi ramai pelanggan khususnya kanak-kanak di kawasan berhampiran tersebut sejak gambar Mohd Azlan tular di laman sosial.

9gag

Ramai netizen memberikan komen yang positif dan memuji tindakan lelaki ‘Spider-Man’ itu yang sanggup menghulurkan bantuan walaupun sedang memakai kostum terbabit.

Sumber: Sinar Harian, P Heart Corner/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular