Seperti yang kita sedia maklum, ibu mengandung lazimnya mengalami keinginan melampau terhadap sesuatu makanan, terutamanya ketika mereka sedang sarat. Kadang kala, makanan yang mereka mengidam berkenaan agak sukar untuk didapati.

Selalunya, si suami pasti berusaha sesungguh mungkin untuk memenuhi keinginan si isteri. Namun, baru-baru ini, seorang suami telah memuat naik satu video yang menunjukkan ibu bapanya mengejar lori Milo di lebuhraya Kuantan kerana ingin memenuhi keinginan menantunya yang mahu menikmati secawan air malt coklat.

Menurut seorang pengguna Twitter, Azmer Merzam, dia memuat naik video insiden berkenaan bertulis, “Isteri saya yang mengandung mengidam minum air Milo daripada lori. Jadi ketika dalam perjalanan, ibu bapa saya ternampak lori Milo lalu mengejarnya”.

Bagi mereka yang pernah merasai kelainan air Milo daripada lori dengan air Milo yang dibancuh sendiri, pasti akan tahu betapa nikmatnya air Milo yang disediakan oleh lori Milo. Bukan ibu mengandung sahaja yang teringin, semua orang pun mahukannya! Jadi, wajarlah isteri Azmer benar-benar teringinkannya.

Menerusi rakaman video berdurasi seminit 43 saat tersebut, ibu bapa Azmer sedaya upaya mengejar dan memberhentikan lori Milo berkenaan dan akhirnya mereka berjaya.

@AzmerMerzam|Twitter

Lori itu kemudian berhenti di tepi jalan dan ibu Azmer kemudiannya keluar kereta untuk bercakap dengan pemandu lori tersebut.

@AzmerMerzam|Twitter

Namun, malangnya pemandu tersebut tidak dapat membantu kerana air Milo di dalam lori tersebut belum disediakan lagi.

@AzmerMerzam|Twitter

Walau bagaimanapun, dia memberi sedikit info kepada ibu Azmer akan beberapa lokasi yang menyediakan air lori Milo. Menerusi ‘thread’nya, dia berkata bahawa isterinya sudah lama teringin minum Milo tersebut sejak bulan kedua kehamilannya lagi dan kini usia kandungannya telah mencecah 8 bulan.

“Dia minum air Milo hari-hari dan telah minum kesemua variasi air Milo kecuali air Milo daripada lori”, jelas Azmer. Dia turut menjelaskan bahawa ibu bapanya melakukannya kerana mahu membantu menantunya walaupun isteri Azmer tidak pernah meminta ibu bapa Amer untuk melakukannya.

Dia berkata bahawa dia sangat tersentuh dengan kesungguhan ibu bapanya, dan ianya disokong oleh para netizen di luar sana. Kenyataan Azmer di laman Twitter kemudiannya menjadi tular dan menerima 33,000 retweet. Rata-rata netizen memuji ibu bapanya ekoran kasih sayang yang dizahirkan buat menantu dan bakal cucu mereka.

Berikut merupakan antara komen yang diterima:

Sumber: @AzmerMerzam|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular