Dalam membicarakan soal jodoh, ia sememangnya bukan sesuatu yang boleh dijangka. Boleh jadi jodoh kita sebenarnya berada di depan mata. Atau jodoh kita itu sebenarnya berasal dari negara yang jauh serta berlainan benua.

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis dari Kedah ini yang telah jatuh hati dengan seorang jejaka dari Guinea, Afrika Barat.

Aus Affan/Facebook

Nur Afilah Amir Rusli, gadis berusia 24 tahun telah bertemu dengan jodohnya, Adama Mohamed Camara, 26 tahun, secara tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, kira-kira empat bulan yang lalu.

Pada ketika itu, Nur Afilah yang lebih mesra disapa Fila sedang mempunyai masalah dengan teman serumahnya, jadi dia telah menangis di sebuah kafe di Pavilion, sebelum didekati oleh Adama. Fila pada awalnya berasa takut kerana risau Adama akan mengambil kesempatan terhadap dirinya, tetapi kemudian terus tertarik dengan keikhlasan yang ditunjukkan jejaka itu.

Aus Affan/Facebook

Fila yang berasal dari Jitra, Kedah berkata kepada MStar, “Itulah yang dikatakan kalau sudah jodoh, Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba.”

Selain itu, menurut Fila, Adama mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya yang membuatkan dia terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai pasangan hidupnya.

DjFazin Fazin/Facebook

Ujar Fila lagi, “Dia sangat baik hati, penyayang, penyabar dan bijak. Saya tertarik dengan keperibadiannya sebab dia ada ciri-ciri lelaki yang saya idamkan. Dia tidak merokok, tidak membuat benda-benda yang pelik, memiliki ilmu agama yang tinggi dan amat mementingkan keluarga.”

Namun begitu, apa yang benar-benar membuat hati Fila berasa tersentuh ialah kesungguhan Adama mengajaknya menunaikan umrah selepas dua bulan perkenalan mereka.

DjFazin Fazin/Facebook

“Lepas sebulan dua perkenalan, dia ajak saya pergi umrah tetapi sebab kami belum berkahwin lagi saya cakap tidak boleh. Jadi bermula dari situ kami merancang untuk berkahwin,” jelas Fila.

Meskipun perkenalan mereka amat singkat, namun urusan mendirikan rumah tangga mereka berjalan dengan lancar dan mendapat restu keluarganya yang digambarkan sebagai amat menyokong dan tidak berapa kisah dengan perbezaan kaum dan budaya.

 Aus Affan/Facebook

Menurut Fila, “Apabila kami merancang untuk berkahwin, saya telah bawa bakal suami pulang ke kampung. Dia berasa amat terharu dengan layanan yang diberikan oleh mak dan ayah saya.”

 Denaihati Network/Facebook

Tambah Fila, “Kemudian dia meminta izin ayah saya untuk mengahwini saya. Ayah memintanya menyelesaikan semua dokumen dan berkahwin secara sah. Ayah saya sebenarnya sangat memilih dan garang orangnya. Kalau ayah bersetuju, bermakna ayah percaya dengan pilihan dia.”

Aus Affan/Facebook

Akhirnya pasangan mempelai sama padan itu selamat diijabkabul pada Jumaat, 26 April yang lalu di kampung halaman Nur Afilah di Kampung Raja, Kubang Pasu, Jitra, Kedah.

Difahamkan salah seorang wakil rombongan pengantin lelaki turut berperanan sebagai juruhebah demi memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut.

DjFazin Fazin/Facebook

Mereka turut meraikan majlis perkahwinan Afilah dan Adama dengan tarian kebudayaan mereka dari Guinea, Afrika Barat.

Denaihati Network/Facebook

Pasangan pengantin baru dua benua Asia dan Afrika yang sama padan dan sama cantik!

 fbcdn.net

Selamat pengantin baru buat Fila dan Adama. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Lihat video di bawah.

DjFazin Fazin/ Facebook

Sumber : SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular