Kebanyakan kita sedia maklum bahawa halia memang mengandungi banyak manfaat dan memberi khasiat kepada tubuh. Tetapi, tahukah anda bahawa halia juga sebenarnya boleh membantu mereka yang mahu mengurangkan berat badan? Tidak cukup dengan itu, dalam bidang perubatan Cina halia juga sering dikaitkan dengan kesuburan. Wanita yang mengalami kesukaran untuk mengandung dikenali sebagai ‘rahim sejuk’ atau cold uterus. 

Seorang wanita telah berkongsi tips yang menunjukkan bahawa air halia buatannya bukan sekadar membantunya dalam kesuburan malah telah membuatkannya hilang berat badan sebanyak 3.6 kilogram!

Antara tanda-tanda seorang wanita yang mengalami cold uterus ialah:

  • Obesiti – apabila rahim sejuk, lemak perut mula berkumpul dalam jumlah yang banyak untuk memberikan haba kepada rahim.
  • Lidah pucat dan gigi kelihatan mempunyai lekuk-ia juga boleh menyebabkan menghadapi penuaan dan bintik-bintik jika keadaan rahim tidak bertambah baik.
  • Rambut berminyak walaupun selepas dibasuh dan dibersihkan.
  • Menstruasi yang tidak teratur, darah beku dan sakit badan yang tidak normal semasa haid.

Dengan minum teh halia buatan sendiri, ia dapat membantu mengatasi keadaan ini. Anda hanya memerlukan halia sebagai ramuan utama.

Pixabay

Bahan yang anda perlukan:

  • Halia
  • Air
  • Periuk kecil
  • Penapis

Langkah-langkah:

1. Kupas halia dan potong kecil. Lebih banyak halia yang anda gunakan adalah lebih baik.

2. Masukkan halia mentah ke dalam periuk kecil dan tambahkan air.

3. Biarkan air mendidih dahulu dan kemudian kecilkan api. Tunggu air mendidih selama 10 minit lagi untuk dapatkan rasa halia.

4. Matikan api dan buang sisa halia dengan menggunakan penapis. Sejukkan air halia yang telah dimasak tadi.

5. Tuangkan air halia di dalam botol atau bekas untuk disimpan.

Anda boleh menuang air halia itu ke dalam mangkuk kemudian tambah air mendidih untuk memanaskannya dan minum ketika perut kosong setiap pagi. Jika anda tidak menyukai rasa halia yang kuat, anda boleh tambahkan lebih banyak air sebelum minum.

Semua wanita amat disarankan untuk cuba minum air halia ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular