Filem adiwira Avengers: Endgame sememangnya menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini walaupun sehingga kini filem tersebut sudahpun beberapa hari ditayangkan di pawagam. Tambahan pula, filem yang mempunyai ramai pengikut itu membuat tayangan dua hari lebih awal di negara ini.

Ketika filem itu mula-mula ditayangkan, ramai peminat yang berpusu-pusu membeli tiket semata-mata mahu menjadi antara orang yang pertama menyaksikan kehebatan filem ini. Walau bagaimanapun, sebuah video kiriman di Twitter mencuit hati ramai pengguna internet apabila sekumpulan pelajar asasi di Universiti Awam membuat lakonan semula treler filem itu berdasarkan situasi mereka yang perlu menghadapi peperiksaan semasa filem itu ditayangkan.

denial/Twitter

Menurut kumpulan pelajar itu, mereka menghasilkan video parodi itu kerana tarikh kertas peperiksaan terakhir mereka adalah sama dengan hari tayangan filem Avengers: Endgame.

denial/Twitter

“Kami menghadapi peperiksaan akhir Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).

“Kami sekadar membuat video ini kerana kertas terakhir kami adalah hari yang sama seperti Avengers: Endgame ditayangkan.

“Jadi kami menghasilkan mood untuk kedua-dua situasi iaitu peperiksaan akhir dan filem Endgame. Semoga terhibur!” tulis mereka.

denial/Twitter

Ternyata, usaha yang dilakukan mereka ini mendapat banyak komen dan pujian daripada pengguna internet yang terhibur dengan video parodi berkenaan.

Kredit: denial/Twitter

denial/Twitter

Tonton treler sebenar Avengers: Endgame yang berikut:

Marvel Entertainment

Sumber: Oh My Media

Maybe you're interested :

Share

Video Popular