Kadang-kadang kita mengambil kesempatan dengan hakikat bahawa kehidupan memang tidak dapat diramal. Kita boleh berada di sini pada satu detik dan pada detik yang seterusnya kita mungkin telah tiada. Foto ciuman kasih sayang ini menceritakan kisah yang amat menyentuh hati di sebalik tabirnya.

Jurugambar dari China, Xu Yingwei memenangi hadiah tempat pertama di Festival Filem Hong Kong dengan gambar ini yang bertajuk, “Goodbye Kiss” atau “Ciuman Selamat Tinggal”. Pasangan warga emas yang dipaparkan dalam gambar itu sebenarnya adalah ibu bapa jurugambar ini sendiri. Bapanya telah sakit tenat selama berbulan-bulan dan koma buat beberapa waktu yang lama.

Setelah tersedar dari koma buat seketika, dia telah berkata kepada isterinya dalam bisikan yang hampir tidak dapat didengari, “Cium, cium…” Dan isterinya tidak dapat menahan air mata daripada terus mengalir untuk menciumnya.

Saat gambar ini dirakamkan ketika isterinya menyandarkan wajahnya di hadapan wajah suaminya sambil memberi ciuman selamat tinggal yang lembut. Katanya dalam nada nazak, “Kali ini saya benar-benar perlu pergi dahulu…”

Ibu bapa Xu Yingwei bertemu ketika mereka masih kanak-kanak iaitu semasa berusia kira-kira 7 tahun.

Ibu Xu Yingwei adalah gadis di sebelah paling kiri di barisan belakang dan bapanya berdiri di sebelah kanan pada barisan yang sama.

Kedua-dua ibu bapa Xu Yingwei membesar bersama-sama dan apabila mereka mencapai usia dewasa, pasangan bercinta ini memutuskan untuk berkahwin dan membina keluarga bahagia. Masa terus berlalu dan dalam sekelip mata, mereka telah hidup bersama selama berdekad-dekad lamanya. Mereka dikurniakan anak-anak yang dibesarkan dengan baik dan kemudian mereka juga mempunyai keluarga sendiri.

Foto pasangan ini diambil ketika mereka masih remaja. Ibu Xu Yingwei berusia 18 tahun dan bapanya berusia 19 tahun semasa gambar saat manis dan menyentuh hati ini diambil.

Pasangan bahagia ini dikelilingi dengan kelahiran anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit di sepanjang hidup mereka.

Mereka turut diraikan dengan sambutan ulang tahun perkahwinan yang banyak dan setiap kali mereka memotong kek, usia mereka semakin meningkat tua tetapi gaya mereka bertambah bijak.

Walau bagaimanapun, keluarga ini menghadapi saat sukar sejak tahap kesihatan bapa Xu Yingwei semakin merosot. Namun, dengan perjalanan yang kerap ke hospital serta penjagaan dan rawatan yang berterusan daripada isterinya, dia berjaya pulih.

Isterinya menjaga siang dan malam kerana tidak mahu meninggalkan pasangan yang amat disayanginya ini sehingga dia kembali pulih.

Akan tetapi, tahap kesihatannya kembali menjadi buruk dan tidak lama kemudian bapa Xu Yingwei terpaksa diletakkan di atas kerusi roda kerana dia tidak mempunyai kekuatan untuk bergerak dengan sendiri. Namun ia tidak menghalang isterinya daripada membawanya keluar bersiar-siar dan membeli-belah bersama dengan menolak kerusi rodanya itu.

Pasangan cinta sejati yang tidak dapat dipisahkan kerana dan isteri ini enggan meninggalkan suaminya sehingga dia pulih sepenuhnya.

Kadangkala mereka juga akan bermain catur supaya mereka boleh meningkatkan kemampuan mental masing-masing sambil bersantai menghirup udara segar.

Kesihatan bapa Xu Yingwei semakin teruk dan tidak lama kemudian dia diletakkan di unit rawatan rapi. Ibunya menunggu setiap saat untuk tinggal di sisi suami sambil melalui proses itu dan dia terus berada di hospital sehingga saat terakhir. Sambil dengan erat memegang tangan masing-masing dan bisikan dengan ciuman terakhir itu, suaminya meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Ibu Xu Yingwei masih membuka album dan melihat gambar-gambar mereka ketika hidup bersama-sama sepanjang beberapa dekad dan hampir tidak mempercayai bahawa kini suaminya benar-benar sudah tiada.

Apabila suaminya meninggal dunia, isteri ini merasakan seolah-olah dia telah kehilangan separuh daripada dirinya tetapi menyedari bahawa kini cinta hatinya benar-benar sudah berada di tempat yang lebih baik.

Maka, hargailah masa anda bersama isteri atau suami, atau ibu bapa. Terutamanya ibu bapa kita yang sering memberikan kasih sayang mereka dengan cara yang terbaik serta tidak berbelah bahagi untuk melihat kita membesar dengan baik. Balas jasa ibu bapa tidak kira dengan cara apa yang termampu oleh kita selagi mereka masih berada di sisi.

Sumber : ETToday, Good Times

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular