Apabila ditanya tentang definisi ‘bahagia’ setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri. Ada yang mengatakan kaya itu bahagia kerana mereka boleh memiliki apa sahaja.

Ada juga yang mengatakan sihat itu bahagia kerana mereka boleh bergerak cergas tanpa mengharapkan bantuan mesin atau ubat dan ada yang mengatakan keluarga itu bahagia kerana mereka tidak akan pernah keseorangan dan bersendirian.

Tidak kira apa pun, soalan subjektif seperti itu pastinya mempunyai jawapan yang tersendiri dan berbeza bagi setiap orang.

Bagi Tasha Tudor, seorang ilustrator buku kanak-kanak yang berasal dari Amerika juga mempunyai jawapan yang tersendiri jika ditanya mengenai maksud bahagia. Tudor merupakan seorang gadis yang sangat cantik ketika usia mudanya dan seumur hidupnya dia tinggal di atas gunung.

Sehingga kini, walaupun dia sudah berusia 92 tahun, namun dia masih kelihatan cantik dengan gaya elegannya yang tersendiri. Oleh kerana sifatnya yang baik dan terpuji membuatkan dia disenaraikan sebagai tokoh wanita yang paling popular.

Tasha Tudor dilahirkan di Boston, Massachusetts. Ayahnya seorang pereka pesawat dan ibunya adalah pelukis potret. Antara tetamu yang sering berkunjung ke rumahnya ialah Einstein dan Mark Twain. Oleh sebab itulah, idea dan fikirannya sangat dipengaruhi oleh orang-orang seperti ini.

Dari kecil hingga dewasa, Tasha Tudor sangat tegas dan mempunyai idea sendiri. Ketika orang lain yang seusia dengannya suka menghadiri pesta tarian dan sering mabuk, dia pula suka ke tempat yang memberi ketenangan di mana dia boleh menikmati pemandangan indah.

Pada usia 15 tahun, Tasha Tudor berhenti dari sekolah kerana jatuh cinta dengan lukisan dan pertanian. Dia mula menumpukan hidupnya dalam bidang ilustrasi dan lukisan kanak-kanak dan telah menghasilkan hampir seratus buah buku.

Tudor juga telah menerima anugerah buku bergambar di Amerika Syarikat iaitu “Anugerah Cadick” dan “Anugerah Ratu Sepanjang Hayat”.

Pada usia 23 tahun, Tasha Tudor berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan bersama suaminya. Namun begitu, suami tidak boleh bersetuju dengan gaya hidupnya dan mereka kemudian bercerai sehingga akhirnya dia memutuskan untuk hidup sendiri.

Pada usia 57 tahun, Tasha Tudor berpindah ke Vermont sendiri. Di sana dia memiliki sebuah rumah lama yang dibina di atas bukit pada abad ke-18 . Dia menghabiskan sepanjang hayatnya di situ dan menikmati kehidupannya sendiri.

Tidak ada air atau elektrik di vila itu. Dia mengambil air setiap hari, memasak dan memberi makan ayam, kambing dan menanam sayur-sayuran.

Tasha Tudor juga pandai menenun dan menjahit. Dia sering membuat pakaiannya sendiri yang begitu cantik, seperti yang terdapat dalam kisah dongeng. Walaupun dia hidup bersendirian, dia tetap berpakaian cantik.

Tasha Tudor juga pandai membuat barangan lain seperti lilin, sabun, minyak lampu dan lain-lain. Apa yang ada di rumah semuanya dibuat olehnya sendiri.

Dia juga mempunyai taman di mana dia menanam pelbagai bunga dan tumbuhan. Di bawah penjagaannya. bunga-bunga dan tumbuhan di situ tumbuh dengan subur.

Apabila musim bunga tiba, dia membuka taman itu kepada orang ramai.

Tasha Tudor juga ada memelihara beberapa ekor anjing dan kucing. Anak dan cucunya juga sering datang melawatnya. Walaupun dia hidup sendirian namun dia tidak pernah berasa kesepian.

Tasha Tudor meninggalkan semuanya dan hidup dengan bebas. Sehingga tahun 90-an, dia masih sihat dan matanya juga boleh melihat dengan jelas. Dia sudah tua, tetapi hatinya masih muda.

Tasha Tudor pernah berkata: “Saya selalu menghabiskan setiap hari, setiap minit dan setiap saat dengan bercuti.”

Dia tidak takut akan berlalunya tahun, kerana pada pendapatnya sekarang adalah masa terbaik dan dia tidak mahu bersedih tentang masa lalu.

Tasha Tudor sangat berani, dia hidup dalam kehidupan yang dia inginkan dan dia memang selesa dengan semua itu.

Youtube Movies

Sumber: COCOYoutube Movies

Maybe you're interested :

Share

Video Popular