Bukan mudah untuk menyara hidup pada zaman sekarang tambahan lagi bagi mereka yang mahukan hidup yang penuh dengan keselesaan dan kemewahan.

Bayangkan jika masih ada puluhan ribuan graduan yang masih susah untuk mendapatkan pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan mereka, inikan pula bagi mereka yang kurang berpendidikan, pastinya keadaan lebih sukar buat mereka.

Namun, rata-rata jika ditanya mereka hakikatnya sanggup melakukan apa sahaja. Tiada lagi istilah ‘graduan memilih kerja’ atau ‘graduan malas’ kerana mereka sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja kerja walaupun dibayar tidak setimpal dengan kerja atau kelayakan mereka.

Itu cerita tentang graduan, bagaimana pula dengan golongan yang kurang berpendidikan tinggi? Sebenarnya mereka juga ‘struggle’ untuk hidup. Mereka juga sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan dapat menampung hidup walaupun tidak mewah. Contohnya seperti lelaki ini yang sanggup melakukan bukan satu atau dua tetapi tiga kerja setiap hari. Dengar sahaja apa yang yang dilakukan sudah pasti membuatkan kita menghela nafas kepenatan!

Satu status yang dimuat naik oleh Muhammad Zhariff Zikry Zainur yang berusia 21 tahun di laman Twitter miliknya telah menarik perhatian ramai netizen di media sosial itu. Dia telah berkongsi kisah mengenai dirinya yang melakukan tiga pekerjaan demi membantu ibu bapa serta adik-beradiknya.

Zhariff akan memulakan harinya yang sibuk pada jam 8.30 pagi dan hanya akan tamat pada pukul 12.00 malam. Itulah rutin hariannya selama 6 hari seminggu.

“Saya bekerja sebagai despatch di syarikat kurier City-Link Express di Kulai, Johor. Apabila sudah selesai menghantar barang-barang City-Link, saya terus ambil barang di syarikat Ninja Van untuk servis penghantaran.”

“Pada waktu malam pula, saya kerja sebagai penghantar makanan KFC,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu kepada MStar.

Twitter @ZareppZikry

Mengakui dirinya bukan daripada keluarga senang, Zhariff melakukan apa yang termampu demi menolong keluarganya.

“Ayah saya hanya bekerja sebagai buruh kasar sementara ibu pula merupakan suri rumah sepenuh masa.”

“Saya tahu saya belajar tak pandai dan tak dapat banggakan mak dan ayah saya. Oleh itu, mungkin ini peluang untuk saya membalas jasa mereka sementara mereka masih ada,” tambahnya lagi.

Tidak disangka-sangka tweet yang dimuat naik itu telah menjadi tular sehingga menyentuh hati ramai orang yang membaca kisahnya. Berikut adalah antara kata-kata semangat dan pujian yang diterima daripada para netizen di Twitter:

Sumber: Twitter @ZareppZikry

Maybe you're interested :

Share

Video Popular