Baru-baru ini Twitter mempunyai momen yang mencairkan hati ramai penggunanya kerana beberapa kiriman yang tidak dapat dinafikan sememangnya sangat comel.

Momen berkenaan diterajui oleh seekor kucing berwarna oren yang bernama Simon yang nampaknya sudah jatuh cinta dengan kucing di kejiranan pemiliknya.

 

Kredit: kenziecoffman

Semuanya bermula apabila pemilik Simon, yang menggelarnya dirinya sebagai Mac, memuat naik sekeping gambar kucingnya yang melihat seekor kucing di rumah jirannya melalui tingkap rumah.

“Kucing saya Simon sudah JATUH CINTA dengan kucing jiran saya dan menunggu sepanjang hari untuknya. Saya akan mengemas kini segala maklumat kepada anda semua nanti” tulis Mac.

 

Kredit: kenziecoffman

Kerana melihat kucingnya yang begitu bersungguh-sungguh mahu berkenalan dengan kucing jirannya itu, Mac memutuskan untuk mengambil serius tentang perkara ini. Dengan menggunakan sehelai kertas, Mac menulis “Apakah nama kucing kamu? Ikhlas, Simon” dan melekatkannya di tingkap rumahnya.

Tidak lama selepas itu, kucing jirannya itu membalasnya semula, “Hai Simon, saya Theo. Kamu adalah sahabat baik saya.” Cinta mula berputik!

 

Kredit: kenziecoffman

Kerana telah berjanji dengan pengguna Twitter untuk selalu mengemas kini status terbaharu persahabatan kucingnya, Mac menulis, “Saya dan jiran saya membuka tingkap masing-masing supaya kedua-dua kucing boleh berinteraksi. Kami mungkin sudah hilang akal.”

 

Tidak lama kemudian, kisah kedua-dua kucing ini menjadi tular dan menerima banyak reaksi daripada pengguna Twitter. Menyedari hal ini, Mac meninggalkan mesej di tingkap: “Theo, kita telah manjadi tular di laman Twitter,” dan Theo menjawab: “Simon, kita berjaya melakukannya!” Untuk memudahkan komunikasi, Theo turut mencipta sebuah akaun Twitter untuk dirinya sendiri dan menjemput Simon untuk berkawan dengannya.

 

Kredit: kenziecoffman

Dengan perkembangan yang sangat baik ini, kedua-dua pemilik kucing yang comel ini akhirnya memutuskan untuk bertemu dalam kehidupan sebenar dan semua orang teruja dengan keputusan ini!

 

Kredit: kenziecoffman

Simon kelihatan cemas kerana akhirnya Simon dapat bertemu dengan Theo. “1 jam [lagi]! Menunggu di pintu hadapan,” tulisnya berdebar-debar.

 

Kredit: kenziecoffman

Theo datang ke rumah Simon dan kedua-duanya akhirnya bertemu antara satu sama lain. Bagaimanapun, kerana pertemuan itu dijanjikan berlaku di rumah Simon, Theo berasa sedikit cemas, tetapi tetap teruja. “Simon mengikuti Theo kemana-mana sahaja seperti anak anjing,” kata Mac kepada pengikutnya.

 

Kredit: kenziecoffman

Ternyata, Simon benar-benar mengekori Theo, yang mungkin tidak keberatan. Lagipun, Theo telah mengisytiharkan bahawa Simon adalah kawan baiknya. Dan kawan baik melakukan semua perkara bersama.

 

Kredit: kenziecoffman

“Kami fikir semuanya berjalan dengan begitu baik! Hanya beberapa bunyi, tidak ada pergaduhan, dan banyak ciuman,” simpul Mac mengenai pertemuan kedua-dua kucing itu.

 

Kredit: kenziecoffman

Tidak perlu dikatakan, orang ramai ingin mengikuti lebih banyak pengembaraan Theo dan Simon, dan diharapkan, akaun Twitter mereka yang baru dibuka akan membantu mereka mengemas kini pengikut mereka mengenai persahabatan mereka.

 

Kredit: kenziecoffman

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular