Ais krim dan cuaca yang panas adalah satu gabungan yang sangat serasi dan sukar untuk dinafikan. Mana tidaknya, sesudu aiskrim yang nyaman sememangnya suatu nikmat yang sukar untuk ditolak oleh sesiapapun.

Mungkin selama ini kita hanya membeli aiskrim di kedai-kedai sahaja, namun, menerusi perkongsian  oleh Puan Nur Halim di laman Facebook ini, kita tidak perlu lagi menghabiskan sejumlah wang hanya untuk aiskrim, tetapi kita sudah boleh menghasilkannya sendiri di rumah sahaja.

Rasanya pula tidak jauh beza dengan yang dijual di kedai. Jika mahu, kita juga boleh menghasilkan pelbagai perisa aiskrim mengikut citarasa sendiri. Menarik!

Bahan-bahannya:

Nur Halim/Facebook

  1. 1 tin susu cair
  2. Setengah tin susu pekat (boleh dikurangkan jika mahu aiskrim kurang manis)
  3. 1 sudu besar ovalette
  4. 2 penutup esen vanilla (sebaiknya menggunakan perisa creamy vanilla)
  5. 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan di dalam bekas atau terus dicampur di dalam bekas pengisar (blender).

Nur Halim/Facebook

2. Kisar semua bahan sehingga campuran menjadi agak likat.

3. Masukkan campuran ke dalam bekas bertutup dan sejukkan di dalam peti sejuk beku.

Nur Halim/Facebook

4. Tunggu sehingga aiskrim membeku dan sedia untuk dimakan.

Nur Halim/Facebook

Selain daripada menghasilkan aiskrim vanilla yang ringkas, anda juga boleh meletakkan bahan lain sebagai penambah perisa mengikut citarasa anda sendiri. Misalnya, anda boleh mencampurkan biskut Oreo yang telah dihancurkan, menambah buah strawberi, menambah cip coklat atau sirap coklat ataupun menambah serbuk Milo.

Nur Halim/Facebook

Semuanya boleh dihasilkan mengikut citarasa anda sendiri. Menarik!

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Halim/Facebook, Sirap Limau

Maybe you're interested :

Share

Video Popular