KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Memetik The Star, Ahli Parlimen berkenaan yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad itu ditahan kira-kira 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie pula ditahan sejam kemudian kira-kira 11.15 pagi di pejabat SPRM, Putrajaya.

mStar

Kedua-dua itu hadir bagi melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah membabitkan FELCRA dan mereka dijangka akan dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini.

Menurut sumber, kedua-dua individu berusia 59 dan 41 tahun itu dibebas beberapa jam kemudian selepas kenyataan mereka diambil.

“Ahli Parlimen tersebut dijangka menghadapi tiga tuduhan rasuah manakala isterinya menghadapi tuduhan bersubahat.” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan Zizie Izette di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei ini.

Online News

“Kedua-dua bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

“Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.” katanya.

Sementara itu, ibu kepada Zizie, Khaty Fauziah Musa terkejut dengan penahanan anak dan menantunya .

Pelakon veteran itu berkata, dia tidak dimaklumkan oleh sesiapa berkaitan penahanan tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia, mStar, The Star, The World News

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular