PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia mengumumkan penambahan penerbangan lewat malam dengan tambang rendah tetap sempena Gawai, Kaamatan and Raya, tidak lama lagi.

Syioknya

Tambah rendah tetap tersebut akan bermula dengan RM99 dari beberapa tempat iaitu dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Johor Bahru.

Manakala RM149 dari Semenanjung ke Sarawak, sementara itu RM199 dari  Sabah antara tempoh 31 Mei dan 17 Jun ini.

Dalam masa sama, Air Asia turut menawarkan tambang rendah untuk laluan-laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak untuk perjalanan antara 27 Mei dan 30 Mei 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, lebih 115,000 tempat duduk tambahan disediakan dalam tempoh perayaan itu.

The Vocket

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas sokongan mereka membantu kami mendapatkan kelulusan ini,” katanya yang dipetik The Star.

Dalam majlis berkenaan beliau membuat pengumuman khas berkaitan penerbangan lewat dan tambang tetap perayaan.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Loke Siew Fook berkata, pihaknya berbesar hati kerana AirAsia meningkatkan kekerapan penerbangan sepanjang musim perayaan bagi memastikan harga tambang penerbangan lebih kompetitif dan rendah.

“Kami percaya kerjasama antara peserta industri dan kerajaan adalah penting untuk menawarkan kadar tambang yang mampu dimiliki oleh semua. Saya berbesar hati kerana AirAsia menyokong inisiatif kerajaan,” katanya yang dipetik Astro Awani.

Sementara itu Fernandes berkata, pelanggan yang melakukan perjalanan sepanjang tempoh itu dinasihatkan tiba lebih awal ke lapangan terbang kerana kesesakan dijangka berlaku.

Malah, kesesakan turut berlaku di kaunter pemeriksaan keselamatan dan kaunter daftar masuk.

Katanya, semua pelanggan dinasihatkan mendaftar masuk secara dalam talian dan mencetak pas masuk mereka sendiri.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendaftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh didapati dari 14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia.

Sementara itu, beliau turut meminta pelanggan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru supaya menggunakan perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES) untuk perjalanan lebih lancar.

Pendaftaran FACES boleh didapati secara percuma menerusi aplikasi mudah alih AirAsia.

Sumber: The Star, Bernama, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular