Jika tekak anda tidak boleh menerima rasa pahit ubat-ubatan, mungkin anda harus berbalik kepada kaedah refleksologi. Dengar sahaja refleksologi, pasti kita terbayangkan urutan pada tapak kaki namun hakikatnya, amalan perubatan purba ini sebenarnya berkesan untuk semua bahagian tubuh.

Refleksologi merujuk kepada pengaplikasian sedikit tekanan pada titik refleks pada tangan, telinga dan kaki yang bersambung kepada pelbagai organ di dalam tubuh manusia. Ia juga dikenali sebagai zon terapi dan telah popular berdekad yang lalu ekoran mampu mengurangkan kesakitan tanpa perlu mengambil ubat tahan sakit.

Selain mampu mengurangkan kesakitan yang dialami, ia juga membantu membuangkan toksik, memperbaiki aliran darah, mengurangkan stres dan simptom-simptom alahan.

Jika anda mengawal pengambilan ubat tahan sakit, tips refleksologi ini pasti berguna untuk membantu anda dalam mengatasi masalah:

#1. Sakit kepala

Bagi melegakan sakit kepala sinus, urut menggunakan hujung jari pada bahagian tengah (antara jari telunjuk dan ibu jari) kerana kawasan tersebut bersambung dengan saraf pada kepala dan tulang temporal (pada kedua-dua belah tengkorak manusia dan berdekatan dengan telinga). Urutan di kawasan tersebut mampu melegakan sakit kepala dengan cepat.

#2. Sakit leher dan belakang badan

Urut keseluruhan ibu jari sehingga ke bahagian tengah pergelangan tangan. Hal ini kerana kawasan tersebut bersambung dengan refleks spinal. Anda juga boleh mengurutnya lebih lama jika kawasan tersebut agak sakit. Ulangi langkah ini beberapa kali pada kedua-dua belah tangan.

#3. Selesema atau kesejukan

Urut pada tapak jari anda daripada tengah ke hujung. Lakukan langkah ini pada setiap jari tangan anda untuk beberapa kali.

#4. Insomnia

Urut pada kawasan tengah ibu jari kemudian tekankan sedikit dan tahan selama 30 saat hingga seminit. Lakukan langkah ini pada kedua-dua ibu jari untuk beberapa kali. Mengurut kawasan ini mampu membantu anda tidur dengan lebih baik dan cepat kerana ia bersambung dengan refleks kalenjar pituitari.

Mengurut kesemua titik refleksologi ini membantu anda mengurangkan sakit yang dialami namun jika terdapat masalah lain, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Urutan ini juga tidak disarankan untuk mereka yang sedang dalam proses penyembuhan daripada kecederaan kaki mahupun tangan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular