Membawa anak kecil ke pasar raya bukan cabaran mudah, lagi pun si kecil belum mengerti malah mereka dengan mudah memilih barangan yang dirasakan mereka mahu.

Lebih memedihkan jika si ibu itu hanya memiliki wang yang cukup-cukup untuk membeli keperluan tersebut.

Twitter|Gambar Hiasan

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Hayati Abu Hassan berkongsi pengalaman melihat seorang ibu muda yang terpaksa meletak semula barangan yang dipilih si kecil selepas kekurangan wang ketika membuat bayaran di kaunter di sebuah kedai barangan keperluan murah.

Lebih menyedihkan keputusan membatalkan barangan pilihan si kecil itu membuatkan si anak itu terus meragam tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Melalui perkongsian tersebut, Hayati telah menyuarakan tentang kelakuan juruwang yang bertugas itu dikatakan menjatuhkan air muka pelanggan tersebut.

Katanya, walaupun betul wanita berkenaan tidak memiliki wang yang mencukupi untuk membayar namun apa salahnya jika lebih sopan ketika melalui ‘cabaran’ berkenaan.

Ternyata, teguran wanita itu kepada juruwang bertugas mampu ‘membuka mata’ orang ramai untuk tidak cepat menghukum dan menyalahkan seseorang.

Untuk mengetahui lebih tentang apa yang berlaku, baca perbualan penuh di bawah:

Sewaktu di kaunter pembayaran, orang pun tak berapa ramai. Tak beratur sampai sejam, kira tak ramai la kan.

Kelihatan seorang ibu lingkungan 30-an bersama dua orang anak di hadapan saya. Seorang mungkin umur setahun lebih, didukung manakala seorang lingkungan 6 tahun sedang menanti semua barang mereka di imbas.

QalamTimur|Gambar Hiasan

Tiba-tiba, sampai di kaunter bayaran…

Apabila jumlah keseluruhan muncul, angka perlu dibayar adalah RM29.++. Si ibu tadi nampak sedikit gelabah mencari-cari lagi duit jika ada di dalam tas.

Dengan wajah serba salah, si ibu terus bertanya pada juruwang bertugas dalam lingkungan 20-an atau belasan tahun baru habis sekolah.

Ibu muda : Adik, minta maaf. Boleh tak kalau batal biskut ni. Saya tak cukup duit. (Ucap ibu ni dalam keadaan serba salah dan agak malu)

Juruwang : Tak boleh kak. Kita dah imbas barang ini.

Ibu : Oh. Saya betul-betul tak cukup duit ni. (Kata lagi ibu muda ni sambil menunjukkan duit dalam tangannya.)

Ketika itu, Hayati sempat menjeling kepada ibu muda yang hanya kekurangan wang sebanyak RM2 sahaja kerana di tangannya memiliki genap RM27.00.

Dalam keadaan tersebut, juruwang tersebut memanggil rakan di kaunter sebelum sebelum didatangi penyelia bagi membatalkan imbasan berkenaan.

Juruwang : Akak! Boleh tolong tak. Ni! (Sambil tunjuk arah mesin imbas). Panggil adik tu agak kuat. Juruwang kaunter hadapan tu yang tengah sibuk membuat imbasan barangan pelanggan terus menyoal, “kenapa?”

Juruwang : Bukan saya double scan. Customer tak cukup duit! Jawabnya agak keras. Sebal agaknya. Si ibu sebelah saya menunduk. Malu!

Juruwang tadi melaung seorang lagi kakitangan lelaki (supervisor mungkin)

Juruwang : Nak batalkan ni. Customer tak cukup duit! Ibu muda tadi dah merah muka. Tunduk. Saya yang berdiri di sebelah dah menyirap.

Saya : Tak apa dik. Biar saya bayar. Ucap saya sambil keluarkan dompet.

Ibu muda : Eh tak payah. Pantas dia gelengkan kepala sambil memandang saya.

Juruwang : Tak apalah kak.

ciklilyputih|Gambar Hiasan

Rupa-rupanya memang boleh untuk batal apa-apa pembelian walaupun sudah diimbas. Proses pun tidak sesukar yang disangka pun.

Penyelia lelaki yang dia panggil tadi sangat pantas sampai di kaunter. Terus dia masukkan kod dan terus urusan membatalkan barangan tadi selesai.

Saya : Oh, boleh je batalkan rupanya. (Maaf agak sinis ayat saya)

Ibu muda tadi hulurkan duit, angkat barang dan terus keluar. Anak kecil dalam dukungan menangis mahukan biskut yang dah dibatalkan tadi.

Tapi si ibu berjalan terus tak menoleh lagi. Kemudian sampai giliran saya.

Juruwang berkenaan meneruskan tugas dengan wajahnya sedikit masam dan memberi penerangan walaupun tidak ditanya.

Juruwang : Saya memang boleh cancel barang tadi kak. Tapi bila terlalu banyak saya buat dalam sistem, nanti saya yang kena.

Saya : Iya, memang betul dik. Tapi dalam kes tadi mungkin awak kena lebihkan rasa perasaan kesian. Orang tu cakap dia tak cukup duit kot adik. Tak boleh ke awak sensitif sikit situasi dia?

Reaksi pelanggan lain yang sedang beratur sebenarnya langsung tidak patut kerana mereka turut menyalahkan wanita tersebut kerana tidak membawa wang yang cukup

Pelanggan lelaki belakang saya : Berapa ringgit dia tak cukup?

Saya : 2 ringgit je encik.

Customer lelaki belakang saya : Oloh. Dia tak kira ke duit dia sebelum mari sini?

Saya : Anak ambil la tu kot encik.

Customer lelaki belakang saya : Oh Salah dia la macam tu.

says|Gambar Hiasan

Ketika itu Hayati merasa sangat terkesan dengan kata-kata pelanggan lelaki  yang tidak berhati perut itu dan sanggup memperlekehkan kekurangan wanita itu tadi.

Saya : Bukan isu salah sesiapa encik. Orang tu tak cukup duit. Tolong la simpati dan sensitif situasi dia. Dia minta batalkan je kot. Fikir la maruah orang tu sikit. Ni awak cakap kuat-kuat, nak cancel dia ni tak cukup duit. 2 kali awak cakap. Kuat pulak tu. Maruah orang tu dik. Kalau duit dia cukup takde nye dia nak cancel. Kena ingat dik, orang takde duit ni, sensitif dia lain macam.

Saya bercakap sambil memandang tepat ke muka juruwang itu, dengan pantas saya ambil baki duit dan tinggalkan juruwang dan pelanggan lelaki belakang saya terkulat-kulat di kaunter.

“Benda boleh cancel, kenapa nak halang?”

Kata-kata wanita ini kepada juruwang tersebut sedikit sebanyak mampu ‘membuka mata’ orang ramai untuk tidak cepat menghukum dan menyalahkan seseorang.

Dalam masa sama, Hayati juga berharap sekiranya juruwang itu membaca tulisannya itu  supaya lebih matang dan tidak melakukan perkara yang sama kepada pelanggan lain di masa akan datang.

Katanya semoga dia menjadi pelanggan terakhir dalam hidup juruwang berkenaan yang jatuh air muka di tangan adik di kaunter pembayaran.

“Saya? Don’t worry. Saya bukan pejuang kata-kata bodoh ‘customers is always right‘. Saya juga bekerja berhadapan secara langsung dengan masyarakat. Saya tahu tahap kebodohan yang kadang kita terpaksa hadap.

“Tapi, saya selalu tidak berkompromi untuk mengajar orang yang tidak sensitif dan kurang ajar. Maaf,” katanya mengakhiri luahan di Facebook miliknya.

Sumber: SAYSHayati Abu Hassan/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular