Dunia fesyen sekarang bukan semata-mata untuk golongan wanita. Golongan lelaki juga sudah pandai berfesyen dan berani untuk mencuba fesyen terkini.

Tetapi kalau gayanya tidak kena, ia boleh kelihatan pelik dan tidak sesuai. Jadi bagi kaum lelaki yang ingin atau mahu kelihatan segak dan kemas, anda perlu mengikuti perkongsian ini.

#1. Sut yang kelihatan seperti “langsir”

© aliexpress   © depositphotos

Sut yang kelihatan seperti diperbuat daripada permaidani, langsir, atau sesuatu seperti itu tidak akan membuat anda kelihatan bergaya sama sekali. Pada masa lalu, orang biasa berfikir bahawa pakaian ‘berkilau’ akan kelihatan lebih baik. Begitu juga untuk warna baju yang terlalu terang.

Fesyen moden adalah mengenai kesederhanaan dan keselesaan, jadi anda tidak perlu memilih corak atau warna yang terlalu menyerlah.

Cara untuk memperbaikikannya:

Jika anda tidak menyukai blazer hitam untuk dipakai ke pejabat, anda boleh untuk memakai sesuatu yang lebih cerah, cuba padankan dengan warna, seperti warna wain atau ungu.

#2. Baju-T berleher V labuh

© aliexpress   © depositphotos

Baju-T berleher V yang besar boleh membuatkan bulu di dada anda kelihatan, tidak semestinya kelihatan baik, melainkan anda seorang bintang bola sepak. Baju-T berleher V sudah ketinggalan zaman.

Cara untuk memperbaiki:

Jika anda seorang lelaki yang mudah berpeluh ketika musim panas, anda boleh memakai baju-T yang diperbuat 100% daripada kapas. Bahan semula jadi tidak akan membuat anda panas, dan baju-T yang diperbuat daripada kapas kelihatan lebih baik daripada sintetik.

#3. Seluar jeans terlalu ketat

© aliexpress   © aliexpress

Seluar jeans ketat, yang membuat sesuatu kelihatan tidak bergaya lagi. Fesyen ini sudah tidak diikuti kerana kelihatan tidak kemas. Jika anda mempunyai seluar jeans ini, anda harus menyimpannya dan tunggu fesyen ini kembali lagi.

Cara untuk memperbaiki:

Pilih seluar yang tidak terlalu ketat dan kelihatan selesa apabila dipakai. Jangan pilih seluar jeans yang kelihatan melekap pada kaki anda.

#4. Seluar pendek kargo

© depositphotos   © depositphotos

Seluar pendek kargo tidak akan membuat anda kelihatan bergaya, tetapi ramai orang masih membeli dan memakainya. Seluar pendek ini kadang-kadang dibuat daripada bahan-bahan sintetik yang bising dan memiliki poket yang besar dan akan membuatkan pinggul anda kelihatan lebih besar. Seluar pendek ini lebih sesuai dipakai ketika bekerja di rumah atau mendaki, tetapi tidak sesuai untuk dipakai sekitar bandar.

Cara untuk memperbaikikannya:

Memakai seluar yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik pada musim panas sama seperti memakai seluar jeans. Pakai seluar pendek yang diperbuat daripada bahan semula jadi semasa cuaca panas.

#5. Tali pinggang dengan kepala besar

© aliexpress   © depositphotos

Tali pinggang kepala besar sangat tidak relevan untuk dipakai kerana ia akan membuat anda kelihatan pelik dan tidak kemas.

Cara untuk memperbaikikannya:

Pakai tali pinggang dengan kepala klasik yang biasa tanpa sebarang bentuk.

#6. Warna stoking dan kasut yang kontra

© depositphotos   © depositphotos

Terutamanya apabila stoking warna hitam dan kasut warna putih atau sebaliknya. Sebaliknya warna terang dan warna gelap kelihatan tidak sepadan dan akan memusnahkan keseluruhan imej anda.

Cara untuk memperbaikikannya:

Apabila anda memakai kasut, pilih stoking pendek yang diperbuat daripada kapas. Ia tidak perlu menjadi putih, hanya untuk mengelakkan kontra warna yang keterlaluan.

#7. Rantai leher

© aliexpress   © aliexpress

Rantai leher yang memiliki hiasan manik-manik yang diperbuat daripada kayu adalah tidak relevan untuk dipakai oleh lelaki. Tetapi untuk beberapa sebab, ada golongan lelaki yang terus memakainya. Elakkan memakai rantai leher ini. Begitu juga dengan cincin besar dan rantai emas besar.

Cara untuk memperbaikikannya:

Variasi perhiasan lelaki cukup besar sekarang: gelang, cincin, rantai leher diperbuat daripada kulit. Pilih sesuatu yang tidak kelihatan terlalu keterlaluan, yang membuat anda kelihatan santai.

Sumber: Bright Side

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular