Walaupun ketika ramai warga emas sedang menikmati hari persaraan mereka dengan baik dan berehat sahaja di rumah.

Seorang lelaki berusia 105 tahun telah ditinggalkan tanpa keselesaan kehidupan di usia tua dengan masih dibiarkan bekerja siang dan malam demi menjaga anak lelakinya yang sakit.

Dalam catatan Facebook yang sedang diperkatakan dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki warga emas didapati menyara kehidupan dengan menjual ‘mantou’ atau pau di sebuah gerai kecil di Taipei, Taiwan yang serba sedikit dapat membantu kehidupan seharian buat diri dan juga anaknya.

Dalam post tersebut, penjual pau ini berasal dari Shandong, China tetapi terpaksa tinggal di Taiwan selepas anaknya menderita penyakit mental.

Untuk menyara keluarga kecil ini dan membayar pembiayaan perubatan anaknya yang mahal, warga emas ini telah bekerja keras, siang dan malam dengan menjual pau.

perrykarrenplusmuffin/Facebook

Pada siang hari, dia boleh ditemui di gerainya di Jingmei dan kemudian bergerak di luar stesen Wanlong pada waktu malam.

Seorang netizen yang mengetahui kisah tentang penjual pau ini telah memuat naiknya di Facebook selepas kerap berjalan melewati lelaki warga emas ini di gerainya.

Netizen tersebut turut berasa bimbang akan keadaan kesihatan warga emas ini selepas melihat dia sering terlepas makan malamnya.

perrykarrenplusmuffin/Facebook

Dalam post itu, netizen tersebut cuba bertanya kepadanya sama ada dia mahukan sesuatu untuk dimakan pada makan malam tetapi orang tua ini seperti tidak dapat mendengarnya dengan baik, dan dia gagal menjawabnya.

Walau bagaimanapun, netizen ini sering membawakan makanan buat orang tua itu, yang mana kemudiannya dia benar-benar menyatakan rasa kesyukuran ke atasnya.

Netizen ini juga menambah dalam post itu, dia berharap agar kisah warga emas lanjut usia ini diketahui oleh masyarakat dengan harapan agar lebih ramai orang menawarkan bantuan dalam apa juga cara yang mungkin serta dapat meningkatkan perniagaannya.

perrykarrenplusmuffin/Facebook

Katanya, “Saya melihat masih terdapat banyak pau yang masih ditinggalkan ketika hari telah larut malam. Terdapat ramai orang yang lalu lalang di stesen bas, jadi mengapa tidak mengambil sebungkus pau untuk anda makan di rumah atau semasa anda sedang menunggu, kerana ia benar-benar bernilai buat wang anda!”

Jadi, bagi mereka yang berada di Taipei, mengapa tidak mengambil beberapa pau segar daripada seorang tua yang sentiasa bekerja keras di sepanjang kehidupannya.

perrykarrenplusmuffin/Facebook

Ia mungkin tidak memberi pulangan yang banyak tetapi ia pasti akan dapat membantu warga emas ini untuk menyara diri serta anaknya yang sedang sakit itu.

Sumber: perrykarrenplusmuffin/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular