Saling bantu-membantu merupakan sifat semula jadi yang ada dalam diri setiap manusia. Nilai murni ini jugalah yang membuatkan kita semua bersatu demi memudahkan urusan orang lain yang sedang dalam kesusahan.

Inilah yang dilakukan oleh seorang wanita bernama Addy Tritt yang telah melakukan satu usaha murni demi membantu mangsa banjir. Wanita berusia 25 tahun ini dikatakan telah membeli kesemua kasut yang dijual di sebuah kedai semata-mata untuk mendermakan kasut-kasut tersebut kepada mangsa banjir di Nebraska!

Menurut Elite Readers, kedai kasut yang dikenali sebagai Payless ShoeSource itu telah mengumumkan mengenai penutupan kedai mereka pada bulan Februari. Justeru, syarikat ini telah bertindak membuat jualan lelong kesemua aset di 2,100 cawangan kedainya.

Hal ini membuatkan Addy tergerak hati dan mengambil keputusan untuk membeli kesemua kasut yang ada di kedai berkenaan. Misi Addy adalah untuk membeli kesemua 204 pasang kasut yang berharga RM24,798 namun dia tidak berkemampuan untuk membayar harga setinggi itu. Jadi, Addy mula berbincang dengan pihak kedai dan akhirnya, pihak kedai berkenaan bersetuju untuk menjual kesemua stok kasut yang masih ada pada hanya RM413.30 sahaja!

Kasut yang berjaya dibeli oleh Addy termasuklah 162 pasang kasut bayi, dua pasang kasut lelaki dan selebihnya kasut wanita…

Setelah itu, Addy telah menghantar kesemua kasut-kasut itu ke sebuah pusat pengajian yang pernah dia menuntut dahulu iaitu Universiti Fort Hays State di mana sumbangan-sumbangan daripada pelbagai pihak telah dikumpulkan di situ sebelum didermakan ke Persatuan Future Farmers (FFA) yang terletak di Wilcox, Nebraska.

Ketika ditanya mengapa dia tergerak hati untuk melakukan kebajikan, ini jawapan yang diberikan oleh Addy…

“Saya bersyukur. Dalam hidup, terdapat ramai individu yang memberikan inspirasi kepada saya. Ramai orang yang membantu ketika saya susah. Jadi saya mahu membantu seboleh mungkin. Saya berharap ini boleh memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk menderma secara sukarela.”

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular