Pasar basah di Vietnam sentiasa terasa aman dan selamat dengan kehadiran beberapa kelibat adiwira Avengers.

Masih ingat dengan si penjual ikan paling comel di dunia yang menjadi tular pada tahun lalu kerana memakai pakaian Maharaja semasa bekerja?

Facebook

Kucing terkenal bernama Chó amat popular bagai artis di Vietnam serta seluruh dunia dan kini dia mempunyai lebih daripada 121,000 pengikut di Instagram yang mampu membuat beberapa penyumbang berpengaruh paling fotogenik tertunduk malu.

 

在 Instagram 查看這則貼文

 

Cho(@dog1501)分享的貼文 張貼


@dog1501/Instagram

Kali ini wajah popular yang sama menghabiskan banyak masanya dengan memerhatikan orang awam di pasar basah Vietnam sambil berpakaian sebagai adiwira Avengers.

Facebook

Chó sebagai ‘Ironmeow’ dilihat sedang meninjau premis dengan memastikan keadaan di bahagian sayur-sayuran, udang, dan ikan berada dalam keadaan baik-baik belaka.

Facebook

Chó sebagai Thor, si dewa guntur, langit, dan pertanian.

Facebook

Mana lagi boleh menjumpai Thor dengan tukulnya yang comel!

@dog1501/Instagram

Amatlah penting bagi Captain Ameowrica untuk kelihatan comel semasa menyelamatkan Vietnam…

@dog1501/Instagram

Tidak terkecuali, Chó juga mahu menunjukkan coretan gelap dan kadangkala muncul sebagai penjahat comel seperti Chó-Loki.

@dog1501/Instagram

Sama seperti Loki sendiri, anda tidak boleh menahan diri melainkan berasa sedikit tertarik dan geram kepada kecomelan Chó -Loki.

@dog1501/Instagram

Di sini dia berdiri mengawasi mangsa-mangsa sebelum memukul mereka hingga mati sebagai Cat-Thanos!

@dog1501/Instagram

Semua kerja dilakukan dalam satu hari, perlu membawa keseimbangan kepada dunia ini.

@dog1501/Instagram

Jangan bimbang sekiranya seluruh alam semesta dilanda masalah kerana kita boleh berasa lega dengan kehadiran Catvenger di sisi. Chó yang sentiasa memerhatikan dengan renungan adiwira itu.

 

在 Instagram 查看這則貼文

 

Cho(@dog1501)分享的貼文 張貼

@dog1501/Instagram

Pastikan mengikuti Instagram Chó untuk melihat lebih banyak wajah ‘cosplay’ nya yang teramat comel!

Sumber : @dog1501/Instagram , SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular