Tiada siapa yang percaya bahawa Lucy dan Maria Aylmer, dari United Kingdom, adalah kembar. Mereka dilahirkan pada tahun 1997, seperti yang dilaporkan oleh New York Post, dan adik-beradik itu telah terbiasa dengan pandangan orang ramai yang mengatakan mereka adalah kawan.

“Tidak ada yang percaya bahawa kami adalah pasangan kembar kerana saya putih dan Maria adalah hitam,” kata Lucy.

“Walaupun kami berpakaian sama, kami masih tidak kelihatan seperti adik beradik, apalagi kembar.”

Seorang mempunyai rambut lurus kemerahan dan kulit yang cerah manakala seorang lagi mempunyai mata dan kulit yang lebih gelap, menurut NY Post.

“Ketika kami bertemu rakan-rakan untuk pertama kalinya mereka tidak pernah percaya bahawa kami adalah pasangan kembar dan mereka bahkan sehingga membuatkan kami menunjukkan sijil kelahiran untuk membuktikan bahawa kami sebenarnya kembar, ” kata Lucy kepada ITV.

Selepas dilahirkan, ibu mereka terkejut apabila doktor menyerahkan pasangan kembar itu kepadanya.

“Ia adalah satu kejutan untuknya kerana perkara seperti warna kulit tidak muncul pada imbasan ultrasound sebelum dilahirkan. Jadi dia tidak tahu bahawa kami sangat berbeza. Apabila bidan menyerahkan kami kepadanya, dia tidak dapat bersuara, ” terang Lucy tentang reaksi ibunya.

Maria mengkaji undang-undang dan psikologi di Cheltenham College, dan Lucy mempelajari seni dan reka bentuk di Gloucester College.

“Sekarang kami sudah dewasa, walaupun kami masih kelihatan berbeza, ikatan antara kami semakin kuat. Sekarang kami bangga dengan hakikat bahawa kami adalah pasangan kembar. Maria suka memberitahu orang di kolej bahawa dia mempunyai kembar berkulit putih – dan saya sangat bangga mempunyai kembar berkulit hitam, ” jelas Lucy.

NY Post melaporkan bahawa bapa mereka berkulit putih manakala ibu mereka merupakan orang Jamaica. Mereka mempunyai tiga adik beradik yang lain, juga mempunyai warna kulit yang berbeza.

Menurut  IFLScience, ibunya membawa gen kulit putih dan gelap, dan “Lucy akhirnya mewarisi gen-gen untuk kulit putih, sedangkan Maria mewarisi gen-gen untuk kulit hitam.” Genetik luar biasa sedemikian jarang terjadi, tetapi ia boleh terjadi.

Sumber: IFLScienceNew York Post

Maybe you're interested :

Share

Video Popular