PUTRAJAYA: Seramai 2,635 kanak-kanak tanpa dokumen telah dibantu mendaftarkan diri bagi mengikuti sesi persekolahan, awal tahun ini.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, langkah yang diambil kerajaan itu “corrective” dan mampu menyelamatkan kanak-kanak daripada terjebak dengan gejala sosial.

Remaja

Ia sekali gus memberi mereka harapan masa depan yang lebih cerah.

“Selama ini mereka  terbiar dan menjadi masalah kepada masyarakat apabila terlibat dengan gejala sosial.

“Kita cuba mengambil langkah ‘corrective’ atau pembetulan iaitu dengan membawa mereka mendaftar ke sekolah di mana pihak sekolah akan bantu mereka untuk mendapatkan dokumen,” katanya yang dipetik Free Malaysia Today.

Menurut Maszlee, usaha mendekatkan anak-anak tersebut dengan persekolahan dan pendidikan diharap dapat menjadi pemangkin untuk membantu mereka membina masa depan dan seterusnya mengubah nasib diri dan keluarga.

Jelas beliau langkah tersebut merupakan ‘groundbreaking’ dalam bidang pendidikan yang mempunyai kesan keseluruhan pada masyarakat dan negara.

Bernama

Dalam masa sama, beliau menjelaskan laporan penilaian awal mengenai pemansuhan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap 1 bakal dikeluarkan pada Jun ini.

Format baru melibatkan 1.3 juta murid sekolah rendah itu berteraskan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)  merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha memperkasa sistem pendidikan negara ke aras reformasi pendidikan yang inklusif dan berkualiti.

Mazlee berkata, laporan awal itu kemungkinan menghadapi kekurangan yang perlu ditambah baik dan akan mengambil sedikit masa untuk menampakkan keberkesanan format berkenaan.

“Kita mengambil contoh di Finland, pada awal pelaksanaan system, mereka turut menghadapi beberapa masalah untuk menyesuaikan diri tetapi selepas beberapa tahun baru nampak keberkesanannya pada pelajar,” katanya.

Tahun ini, kerajaan telah memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahap 1 iaitu bagi murid darjah 1, 2 dan 3, sebagai usaha menghapuskan pembelajaran yang terlalu berasaskan peperiksaan.

“Pembelajaran tidak berasaskan peperiksaan akan menggalakkan lagi interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam usaha kedua-dua pihak itu untuk membangunkan potensi pelajar ke tahap optimum.

“Bukanlah bermaksud kita mansuhkan terus peperiksaan, tetapi kita tukarkan kepada penilaian yang lebih holistik, iaitu dikira daripada keterlibatan mereka, daripada kerja rumah, daripada ujian-ujian, dan peperiksaan adalah salah satu daripada elemen-elemen tersebut,” katanya.

astroawani.com

Jelas beliau, menerusi sistem itu guru-guru juga mempunyai ruang untuk lebih kreatif dalam pembelajaran selain berpeluang melihat aspek diri mereka yang perlu penambahbaikan.

“Kalau sebelum ini apabila guru buat ujian, dia menilai murid, tapi apabila dia buat pentaksiran menyeluruh dia juga akan kenal diri dia sendiri, apa benda yang dia kurang beri pada murid, jadi dia akan cuba perbaiki.

“Jadi it works both ways (beri kesan timbal balik), kita bukan sahaja jadikan sekolah untuk pembangunan murid semata-mata, tetapi pembangunan untuk cikgu juga,” kata Maszlee.

Sumber: Bernama, Free Malaysia Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular