Ratu Cantik M.Mahisri, yang telah dinobatkan sebagai ‘Mrs Malaysia Asia Pacific’ baru-baru ini terpilih mewakili Malaysia pada majllis kemahkotaan ‘Mrs Asia Pacific International 2019’ yang akan diadakan di Johor Bahru pada bulan Mei depan.

M.Mahisri yang bekerja sebagai jurutera IT di Singapura, turut merangkul mahkota subsidiari ‘Queen of Substance’ dan ‘Mrs Classic’ semasa pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan pada 10 November tahun lepas.

Mrs Malaysia Global Universe/Asia Pacific/Worldwide/Facebook

Ratu cantik berusia 28 tahun dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 8 bulan ini akan bersaing dengan 33 peserta lain dari pelbagai negara semasa pertandingan peringkat antarabangsa yang akan diadakan pada 18 Mei 2019.

Mrs Malaysia Global Universe/Asia Pacific/Worldwide/Facebook

Salah seorang penganjur pertandingan berkata mengenai Mahisri, “Beliau banyak melakukan kerja amal secara berkala. Beliau juga melawat rumah orang tua dan warga emas Sherun di Johor Bahru pada setiap bulan. Mahisri bukan sahaja menyokong mereka tetapi juga memberi sumbangan kepada penduduk setempat.”

cj.my

Tambahnya lagi, “Beliau juga merupakan seorang jurusolek bebas yang menyediakan kelas percuma kepada ibu tunggal dalam usahanya meningkatkan mata pencarian ibu-ibu ini serta membantu mereka memulakan perniagaan sendiri dan hidup berdikari.”

cj.my

M.Mahisri kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Teknologi Malaysia.

Ratu Cantik ‘Mrs Malaysia Asia Pacific’ ini begitu komited dalam membantu masyarakat setempat dengan kerja-kerja kebajikan terutama dalam membantu golongan warga emas dan ibu-ibu tunggal. Semoga M. Mahisri berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik ‘Mrs Asia Pacific International’ kelak.

Sumber : Mrs Malaysia Global Universe/Asia Pacific/Worldwide/Facebook , New Straits Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular