Kenali Beau Jessup, gadis British yang menampung segala pembiayaian kolejnya dengan menamakan bayi-bayi China.

Dengan menubuhkan satu platform dikenali sebagai Special Name, Beau telah membantu majoriti ibu bapa dari China untuk memilih nama Inggeris bagi anak masing-masing.

SpecialName.cn

Baru berusia 19 tahun, gadis ini telah berjaya meraih pendapatan yang mencecah enam angka dengan idea inovatif yang mula diusahakannya sejak berusia 15 tahun. Beau mampu meraih sehingga RM247,980 dalam masa enam bulan sahaja!

Sehingga kini, Beau telah menerima pendapatan keseluruhan sebanyak RM1.65 juta dengan membantu menamakan melebihi 688,000 bayi setakat ini!

Beaujessup.com

Memetik kenyataan Beau kepada CNBC Make It, Beau menjelaskan kejayaan yang diperolehinya pada hari ini berlaku secara kebetulan.

Menurut Beau, ketika dia sedang melancong ke China bersama bapanya, salah seorang rakan perniagaan bapanya iaitu Puan Wang telah meminta Beau untuk memilih nama Inggeris bagi anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

“Saya sangat terharu dan terkejut. Ia kelihatan seperti sesuatu yang penting untuk dilakukan.”

SpecialName.cn

Sebelum memilih nama untuk anak perempuan Puan Wang, Beau telah bertanya mengenai harapan dan impian yang diinginkan untuk anaknya. Jawab Puan Wang, dia mahu anaknya untuk memberikan kejutan kepada orang lain.

Beau kemudian memilih nama Eliza dan Puan Wang merasa amat gembira dengan pilihan nama itu!

Tidak beberapa lama kemudian, Beau berhajat untuk mempatenkan ideanya dan meminjam sebanyak RM8,183 daripada bapanya untuk mengupah ‘developer’ laman sesawang.

Dari situlah Beau memulakan perniagaannya dengan mengisi pangkalan datanya dengan lebih 4,000 nama bayi lelaki dan perempuan di mana kesemuanya berkaitan dengan lima ciri terbaik.

SpecialName.cn

“Ramai orang bertanya bagaimana saya mencari masa untuk menamakan kesemua bayi-bayi ini. Sama seperti Google, saya turut menggunakan algoritma.”

Untuk kos sebanyak RM0.79, laman sesawang ini menyediakan tiga nama selepas pengguna memilih lima kualiti yang mereka inginkan untuk bayi masing-masing.

Hasil keuntungan itu membolehkan Beau mampu membayar semula hutang kepada bapanya, membayar yuran pengajian dan melabur dalam aset hartanah!

YouTube/ TedX Talks

“Saya masih mengemaskini pangkalan data ini setiap bulan tetapi perniagaan ini berfungsi secara automatik sekali gus membolehkan saya memberikan sepenuh tumpuan pada pelajaran.”

Kini, Beau merupakan penuntut dalam jurusan antropologi sosial di London School of Economics dan sedang merancang untuk memperkembangkan perniagaannya.

Video penyampaian oleh Beau mengenai ideanya:

Sumber: Beaujessup.comTEDx Talk|YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular