Selari dengan usaha global untuk menghentikan pencemaran plastik, masalah yang telah memberi kesan buruk terhadap lautan dan hidupannya.

Memetik Inquirer.net sebagai berkata, seorang pemilik kafe di Pulau Siargo, Filipina mengambil inisiatif menggunakan daun kelapa atau kelapa sawit bagi menggantikan penyedut minuman straw atau dikenali ‘Lukay’

Ia sekali gus dalam usahanya untuk memelihara alam sekitar.

Lukay adalah istilah tempatan untuk daun kelapa.

Penggunaan lukay ini menjadi tular selepas dimuat naik di Facebook dan dikongsi lebih 25,000 kali.

Idea pemilik sebuah kafe Editha, Sarah Tiu itu selari larangan meluas terhadap penggunaan plastik seperti penyedut minuman, kutleri dan putik kapas sambil menggesa botol minuman plastik dikumpul menjelang 2025.

Wanita berusia 37 tahun yang juga pengurus di Cafe Editha di Dapa, Surigao del Norte menjelaskan, dia memutuskan untuk menggunakan straw daripada daun kelapa selepas satu lawatan bersama keluarga ke pulau Corregidor .

“Ketika bercuti, kami memesan air kelapa dan pemilik kedai menggunakan cara alternative sebagai menggantikan straw dari daun kelapa yang dipotong.

“Kami minta mereka ajar kami dan dari situ terlahir idea untuk mengikut cara seperti itu,” ujarnya.

Wanita itu memberitahu, sejurus selepas pulang bercuti dia terus mengimplentasikan penggunakan Lukay di kafenya.

Pixabay

Sebelum ini, Sarah memberitahu, pernah menggunakan straw keluli tahan karat dan kertas namun pelanggan tidak sukakannya.

“Saya rasa pelanggan lebih gemar menggunakan Lukay selain kelihatan lebih kreatif dan menjimatkan,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, Sarah memuat naik beberapa gambar straw daun kelapa yang digunakan di kafenya dan memberitahu ia mudah dibuat selain senang terurai.

Cafe Editha/Facebook

Kreativitinya itu sekali gus menarik perhatian pelayar Internet yang turut berkongsi idea mereka dalam mengimprovisasi penyedut minuman.

Semoga kesungguhan Sarah dalam menjaga alam sekitar menjadi ikutan dan teladan kepada semua.

Sumber: Lifestyle, World of Buzz, Cafe Editha/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular