- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

“Bukan senang, tak mudah, serius stress” – suami kongsi pengalaman menguruskan anak tanpa pasangan

Tidak semua pasangan berpeluang untuk hidup bersama 24 jam sehari, 365 hari setahun. Ada pasangan suami isteri yang terpaksa hidup berjauhan disebabkan tuntutan kerja. Mungkin menelan masa berhari-hari atau berbulan-bulan menyebabkan mahu atau tidak pasangan yang ditinggalkan itu meneruskan hidup sendirian. Makan sendiri, mengemas rumah sendiri, pergi kerja sendiri dan sebagainya.

Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu, hal menguruskan keluarga secara sendiri mungkin sudah menjadi kebiasaan tetapi bagaimana pula dengan suami yang terpaksa mengambil alih tugas isteri buat sementara waktu?

theasianparent [1]

Firdaus Shakirin, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman menguruskan anak tanpa pasangannya. Dia akan mengambil alih tugas tersebut sewaktu isterinya bekerja pada hujung minggu. Firdaus mengakui tugas tersebut bukanlah mudah untuk dilakukan. Baru dia tahu bagaimana letihnya menguruskan anak secara sendirian.

Pesona Pengantin [2]

Seawal jam 5.30 pagi, anak-anak yang ketika itu berumur 1 tahun dan 2 tahun sudah pun bangun. Mungkin disebabkan pampers mereka sudah penuh atau mereka lapar susu. Isterinya yang sedang bersiap untuk pergi bekerja sudah menukarkan pampers anak-anak dan membuatkan susu untuk mereka. Selepas isterinya berangkat ke tempat kerja, maka bermulalah waktu Firdaus untuk menguruskan anak-anak pula.

Menurut Firdaus, dia terpaksa meletakkan anak-anak di depan pintu bilik air ketika dia hendak mandi. Dia juga tidak menutup pintu supaya dia dapat memantau anaknya kerana khuatir mereka akan terjatuh daripada katil atau pergi ke dapur sendirian dan sebagainya.

Waktu solat adalah waktu mencabar bagi Firdaus. Pernah juga dia terpaksa mengulangi solat berulang kali kerana anak-anak bermain dihadapannya. Selain itu, Firdaus mengatakan dia pernah tertidur ketika menjaga anak-anak dan sebaik dia tersedar dia mendapati anak-anaknya sedang menarik keluar pakaian daripada almari dan menaburkan bedak.

Vocket [3]

Kesimpulannya, tugas menjaga anak dan mengemas rumah bukanlah semudah yang disangka. Firdaus berpesan kepada semua suami di luar sana agar turut membantu isteri menjaga anak dan mengemas rumah sebagai tanda mengambil berat dan terima kasih terhadap pengorbanan isteri.

Sumber: FACEBOOK | FIRDAUS SHAKIRIN [4]

loading...