KUALA LUMPUR: Kemasukan pelajar ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) ditambah kepada 40,000 tempat, berbanding 25,000 sebelum ini.

Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik berkata, kerajaan melihat wujud keperluan utama untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang sains dan kapasiti yang ada pada program matrikulasi wajar dimaksimumkan bagi tujuan tersebut.

beliagombakconnect

“Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar-pelajar cemerlang terus mendapat peluang terbaik bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

“Keputusan ini juga dilihat sebagai kaedah terbaik dalam memastikan program matrikulasi dapat memberikan peluang pendidikan kepada semua kaum,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Kosmo.

norihanchocolatebakery/Gambar Hiasan

Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dalam masa terdekat berhubung kos terlibat berikutan keputusan pertambahan jumlah pelajar.

Dalam pada itu, Maszlee berkata, mesyuarat Jemaah Menteri juga memutuskan kuota 90 peratus untuk pelajar bumiputera dan 10 peratus untuk pelajar bukan bumiputera dikekalkan.

“Selaras dengan visi asal program ini bagi menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

infopelajar2u/Gambar Hiasan

“Kabinet juga telah meminta KPM menilai pendekatan strategik bersesuaian termasuk menggunakan premis dan kepakaran di Institut Pendidikan Guru bagi menampung pertambahan yang diputuskan ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Amin Senin berkata, Maszlee akan membawa isu Matrikulasi ke mesyuarat kabinet bagi mendapatkan keputusan sewajarnya berhubung pelbagai perkara berbangkit mengenai kemasukan ke program itu.

mypt3/Gambar Hiasan

Menurutnya, KPM telah melihat semula semua cadangan termasuk cadangan penambahan kuota kaum bukan bumiputera yang perlu, selaras dengan dasar asal 90:10.

malaysiastylonews/Gambar Hiasan

Katanya, hanya terdapat 25,000 pengambilan setiap tahun, jadi dasar semasa adalah 22,500 untuk pelajar bumiputera dan 2,500 untuk bukan bumiputera.

Tambahnya, program ini diwujudkan asalnya adalah untuk bumiputera sahaja.

Sumber: Kosmo , Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular