Anjing mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan emosi mereka kepada manusia, khasnya kepada tuannya. Seorang pengguna Twitter, Gillian Robles yang merupakan seorang pelajar senior di King High School di Tampa, Florida, atau lebih mesra disapa Gilli merupakan pencinta anjing.

Dia sekeluarga turut membela beberapa ekor anjing berlainan baka di rumah mereka, termasuklah seekor anjing bernama Indy dan seekor lagi berbaka Labrador hitam bernama Arden. Kedua-dua anjing tersebut sangat mesra dan menikmati kehidupan bersama-sama dengan keluarga berkenaan.

@gillianrobles00|Twitter

Oleh kerana mereka dapat berkongsi kawasan dan rumah yang sama dengan baik, keluarga Gilli memutuskan untuk menambah seekor lagi bilangan anjing untuk dibela di kediaman mereka.

Hal ini juga bertujuan untuk menambahkan lagi rakan kepada kedua-dua anjingnya itu. Namun, apakah agaknya reaksi anjing-anjingnya itu setelah Gilli membawa masuk seekor anak anjing baru ke rumahnya?

@gillianrobles00|Twitter

Gilli mula membawa masuk Stella, iaitu seekor anjing baka Labrador bewarna coklat terang. Arden pada mulanya tidak tahu bahawa dirinya bakal menerima hadiah yang istimewa.

Untuk lebih menghargai saat indah berkenaan, Gilli memutuskan untuk merakam aksi mereka iaitu ketika mereka diperkenalkan antara satu sama lain, dan hasilnya amat memberangsangkan!

@gillianrobles00|Twitter

“Saya memberikan seekor anak anjing kepada anjing saya dan inilah reaksinya…,” tulis Gilli di Twitter. Keluarga tersebut kemudian menempatkan Stella di dalam sebuah kotak dan membiarkan Arden menghidu penutup kotak tersebut.

Ketika Arden nampak sahaja seekor anak anjing, Arden sangat gembira dan keterujaannya bertambah apabila mengetahui perkara sebenarnya. Pada mulanya, Arden menggoyang-goyangkan ekornya dan kemudian Arden mula berpusing mengelilingi kotak berkenaan sambil menyalak. Seronok benar agaknya!

@gillianrobles00|Twitter

Arden juga sempat menghidu bau Stella dan ini membuatkan Stella terpinga-pinga. Cuba saksikan reaksi Arden ini:

Tweet rakaman yang dimuat naik oleh Gilli segera mendapat perhatian dan tontonan sebanyak 15 juta kali. Nampaknya, netizen tidak dapat melupakan bagaimana comel dan terujanya reaksi Arden ketika menerima kehadiran Stella.

@gillianrobles00|Twitter

Terdapat juga seorang pengguna yang turut menunjukkan video tersebut kepada anjingnya bagi mendapatkan perspektif anjing dewasa yang lain. Reaksinya juga agak lucu:

Sumber: @gillianrobles00|Twitter, Inspire More

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular