Untuk menukar dari pengambilan makanan biasa kepada makanan sihat sememangnya bukan satu misi yang mudah. Kita secara amnya perlu mengawal nafsu makan yang membuak-buak. Tetapi, demi mendapatkan kesihatan yang terkawal dan berat badan yang ideal, adalah lebih baik kita berusaha menjaga pengambilan makanan yang sihat-sihat sahaja.

Walau bagaimanapun, ramai orang menganggap bahawa makanan sihat atau makanan diet lazimnya tidak mempunyai rasa yang cukup, kurang sedap dan tidak menyelerakan. Oleh sebab itulah, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda menu makanan diet yang sedap dan tidak membosankan.

Menurut pemilik kongsian menu ini, Puan Yaya Bazli, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5 hingga 6 kilogram dalam masa sebulan dengan mengambil makanan diet ini kecuali pada hari minggu. Jadi, menurutnya, jika anda hanya makan makanan diet sebegini setiap hari tanpa gagal, maka potensi penurunan berat badan yang lebih banyak mungkin dapat dicapai. Kebanyakan menu yang dihasilkan pula hanya menggunakan garam dan lada hitam sahaja tanpa apa-apa perasa tambahan lain. Memang meyakinkan!

Mari lihat menu-menu makanan diet yang dicadangkan. Selamat mencuba!

1. Ayam bakar ala Restoran Kenny Rogers bersama sayur-sayuran

Yaya Bazli/Facebook

2. Ikan salmon panggang bersama spageti goreng dan sayur goreng

Yaya Bazli/Facebook

3. Ayam panggang dengan sayur-sayuran

Yaya Bazli/Facebook

4. Spageti bersama ikan salmon panggang dan sayur-sayuran

Yaya Bazli/Facebook

5. Ayam panggang bersama jagung rebus dan sayur-sayuran

Yaya Bazli/Facebook

6. Roti tortilla berinti ayam rempah, jagung rebus dan sayur-sayuran

Yaya Bazli/Facebook

7. Spageti goreng bersama telur rebus dan timun

Yaya Bazli/Facebook

8. Ayam bakar ala Restoran Nandos bersama sayur-sayuran

Yaya Bazli/Facebook

9. Ayam panggang lada hitam bersama sayur-sayuran

Yaya Bazli/Facebook

10. Kebab ayam bersama buah oren

Yaya Bazli/Facebook

11. Pasta udang ala Restoran Tony Romas bersama buah oren

Yaya Bazli/Facebook

12. Ayam bakar air asam bersama sayur-sayuran

Yaya Bazli/Facebook

13. Sandwich roti gandum penuh bersama buah tembikai susu

Yaya Bazli/Facebook

14. Roti kebab bersama jagung rebus

Yaya Bazli/Facebook

15. Macaroni udang ala Restoran Secret Recipe

Yaya Bazli/Facebook

Sumber: Yaya Bazli/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular