Gelombang haba masih tetap berterusan sehingga kini dengan suhu mencecah sehingga 38°C yang dicatatkan di Thailand baru-baru ini!

Bagi manusia, kita boleh melegakan rasa bahang tersebut dengan duduk di dalam ruang berhawa dingin seperti di dalam rumah, pusat membeli-belah, kereta dan sebagainya. Tetapi bagaimana nasib yang dialami oleh haiwan-haiwan jalanan seperti anjing dan kucing?

Mothership.sg

Bagaimana agaknya mereka menangani situasi ini ya? Apabila haiwan-haiwan ini berjalan di atas jalan tar yang panas, tidakkan telapak kaki mereka itu akan melecur? Kasihannya!

 

Mothership.sg

Namun mengagumkan apabila pihak 7-Eleven dan beberapa kedai serbaneka di Thailand baru-baru ini telah bertindak membuka pintu dan membenarkan haiwan terbiar untuk masuk ke dalam dan menikmati kedinginan penghawa dingin yang sangat memberi keselesaan.

Mothership.sg

Inisiatif ini dilihat sungguh memberi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih memikirkan mengenai kebajikan haiwan-haiwan ini yang tiada tempat untuk berlindung daripada sinaran matahari terik mahupun hujan…

Mothership.sg

Sungguh meruntun hati melihat kebaikan hati beberapa kedai serbaneka di Thailand yang sanggup membenarkan anjing dan juga kucing terbiar untuk tidur di hadapan premis masing-masing.

Kita juga wajar mengikuti langkah ini!

Sumber: Mothership

Maybe you're interested :

Share

Video Popular