Daripada kebanyakan artikel saintifik yang diterbitkan setiap tahun, penyelidikan dalam bidang psikologi banyak memberi sumbangan. Walaupun kajian psikologi tidak mudah dibaca oleh kebanyakan orang, hasil yang diperolehi dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan membantu anda meningkatkan motivasi diri, menjadi seorang penutur yang lebih baik, memperbaiki perhubungan dengan orang lain serta menjalani kehidupan yang lebih sihat.

14 penemuan psikologi yang mengejutkan di bawah boleh membantu anda memahami diri sendiri dan dunia sekeliling. Ketahui rahsia untuk mempunyai pemikiran rasional, menjadi produktif, berkomunikasi dengan berkesan, serta mempunyai suasana hati yang lebih baik.

1. Keyakinan diri adalah lebih penting daripada penampilan

 

CBS News

Pelbagai kajian menunjukkan bahawa bagi seorang lelaki, berasa yakin dan bersikap menyokong adalah lebih penting daripada menjadi kacak, seperti penilaian yang telah dibuat oleh seorang wanita apabila memperkatakan daya tarikan seorang lelaki. Kajian menunjukkan pasangan dengan wanita yang lebih cantik daripada pasangan lelaki akan lebih positif dan menyokong berbanding pasangan di mana lelakinya adalah lebih kacak, atau di mana pasangan suami isteri kelihatan sama cantik.

2. Lelaki mendengar celoteh wanita selama 6 minit sahaja

depositphotos

Ini adalah  fakta di mana lelaki mempunyai pendengaran yang terpilih! Mereka boleh mendengar dengan sepenuh perhatian apabila seorang wanita bercakap selama 6 minit sahaja, sementara seorang lelaki boleh mendengar dua kali ganda hingga 15 minit ketika mereka bercakap dengan rakan lelaki. Sebelum anda mula menyalahkan kaum lelaki kerana kurang memberi perhatian, anda harus tahu bahawa wanita juga memberi lebih banyak perhatian dalam perbualan dengan rakan-rakan berbanding pasangan mereka.

3. Menulis apa yang anda fikirkan akan mengurangkan tekanan

depositphotos   /depositphotos

Lebih daripada satu kajian menunjukkan bahawa menulis tentang pengalaman traumatik akan memulihkan emosi anda, mengurangkan kebimbangan, serta membantu membebaskan diri anda dari peristiwa atau kehidupan yang menyedihkan serta kemurungan. Mereka yang berasa bimbang dan ragu-ragu telah menulis tentang perasaan mereka sebelum mengambil ujian penting mendapat keputusan lebih baik berbanding mereka yang tidak menulis apa-apa sebelum ujian.

Satu lagi cara popular untuk mengurangkan tekanan adalah dengan makan dan ia bukan  amalan yang bermanfaat. Menghadapi tekanan dengan makan boleh menjadi jalan keluar yang mudah tetapi ia boleh berubah kepada di luar kawalan apabila menjadi pesta makanan, membuat anda berasa lebih bersedih dan bersalah selepas itu.

4. Nyanyikan lagu yang dapat menghilangkan keresahan dari kepala anda

 depositphotos

Sering kali, kita mendengar lagu walaupun ia tidak disukai dan lagu ini melekat di kepala kita. Terdapat helah mudah untuk menghilangkan kegelisahan iaitu dengarkan lagu itu sehingga akhirnya dapat mencapai rasa penutupan. Sebab mengapa ini membantu ialah dengan apa yang dipanggil “earworm” di mana gelung berulang dan penamat lagu akan membantu anda menyingkirkan keresahan.

5. Bermain permainan video boleh menjadikan anda tuan kepada impian 

 depositphotos   / depositphotos

Jika anda mahu menjadi tuan kepada impian anda dan menjadikannya lebih jelas dan mudah dikawal, anda perlu mula bermain permainan video kerana kedua-dua permainan video dan mimpi pada waktu malam mewakili realiti secara alternatif. Satu lagi alasan kepada permainan video, iaitu anda boleh menggunakannya untuk mengawal mimpi buruk.

6.Orang dengan pelekat kereta lebih cepat marah

depositphotos   / depositphotos

Sukar untuk dipercayai, tetapi orang yang cepat marah di jalan raya mempunyai pelekat bumper yang lebih banyak pada kereta mereka, tanpa mengira isi kandungannya. Mereka yang mempunyai banyak pelekat kereta lebih cenderung untuk terlibat dalam kemarahan jalan raya, dengan pelekat meramal tingkah laku dan kemarahan adalah lebih baik daripada nilai kereta atau keadaannya.

7. Hubungan mata mengekalkan perbualan

depositphotos

Jika anda ingin membuat perbualan kekal lebih lama tetapi tidak mengetahui apa yang harus diperkatakan, tanyakan kepada rakan perbualan anda beberapa soalan. Selepas anda mendengar jawapan, teruskan melihat mereka tanpa berkata apa-apa. Rakan anda akan terus bercakap untuk mengelakkan daripada berdiam diri.

8. 4 saat terdiam boleh menjadi janggal

 depositphotos   /depositphotos

Kesunyian selewat-lewatnya 4 saat sudah boleh menjejaskan harga diri para pedagang, membuat mereka berasa cemas, ditolak dan kurang terjamin. Sebaliknya, dalam perbualan yang lancar, perkataan janggal mungkin tidak disedari dan tidak menyebabkan gangguan dalam aliran perbualan yang baik.

9. Warna biru boleh meningkatkan produktiviti

depositphotos

Warna dinding di pejabat boleh memberi kesan kepada produktiviti anda. Sekiranya anda mahukan suasana yang merangsang fikiran dan memberi tenaga, warna biru adalah warna terbaik untuk anda. Gabungan biru dengan oren bukan sahaja akan menjadikan anda lebih produktif, tetapi ia juga akan menjadikan minda dan emosi anda lebih seimbang. Ini adalah kombinasi yang paling sesuai untuk orang yang bekerja sepanjang hari.

10. Orang akan mengembalikan dompet jika mendapati terdapat gambar bayi di dalamnya

depositphotos   /depositphotos   /depositphotos

Seorang ahli psikologi di Edinburgh secara rawak telah menguji 240 orang yang kehilangan dompet di jalan-jalan yang berbeza dan mendapati bahawa dompet yang mengandungi gambar bayi yang comel adalah 88% kebarangkalian untuk dikembalikan kepada pemiliknya. Ini berlaku lebih kerap daripada pemulangan dompet yang sama yang mengandungi gambar keluarga yang bahagia, pasangan tua, atau anak anjing. Apakah mesej yang ingin disampaikan di sini? Berfikir dua kali sebelum memutuskan foto mana yang anda mahu letakkan di dalam dompet jika ada.

11.Bercakap tentang matlamat akan membuat anda kehilangan motivasi

depositphotos   /depositphotos

Kajian menunjukkan bahawa memberitahu orang lain tentang niat dan matlamat akan membuat anda kurang cenderung untuk mencuba dan ia menjadi lebih sukar untuk dilaksanakan berbanding jika anda menyimpan matlamat secara peribadi. Kesan ini dapat dijelaskan dengan fakta bahawa bercakap tentang tindakan masa depan sambil memberikan kesempurnaan rasa yang lengkap dan memuaskan sudah cukup untuk membuat otak anda kehilangan motivasi dengan sepenuhnya.

12. Anda boleh meyakinkan diri bahawa anda tidur dengan baik

depositphotos   /depositphotos

Kajian yang dilaporkan dalam Journal of Experimental Psychology menunjukkan bahawa jika anda meyakinkan diri anda bahawa anda beristirehat dengan baik pada waktu malam, prestasi kognitif diri akan meningkat, walaupun anda sebenarnya tidak tidur dengan baik. Mengeluh tentang berasa penat, sebaliknya akan  menurunkan prestasi anda dengan dramatik.

13. Apabila berasa tidak pasti, anda cenderung memilih perkara pertama di dalam senarai

depositphotos

Ini adalah kesan yang diistilahkan sebagai kesan menurut senarai. Nama pertama pada kertas undi akan menang dalam satu daripada sepuluh pilihan raya. Peraturan yang sama terpakai apabila anda memilih barang daripada senarai semasa membeli-belah atas talian yang mana pesanan di mana barangan yang muncul di halaman utama ternyata lebih penting daripada kualiti sebenar barangan tersebut.

14. Pemikiran dalam bahasa lain lebih rasional

depositphotos

Memandangkan pemikiran dalam bahasa yang bukan bahasa asal memerlukan lebih banyak kemampuan kognitif, ia membuat proses membuat keputusan lebih perlahan, kurang berat sebelah, lebih dipercayai, dan menggalakkan pemikiran analitikal. Cuba lakukan pemikiran cara ini apabila anda mahu membuat keputusan kewangan yang penting, misalnya.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular