Setiap manusia perlu bekerja untuk meraih pendapatan bagi membiayai segala keperluan dan kehendak dalam hidup. Begitulah yang ingin dilakukan oleh penjual buah yang jujur bernama Solomon Alfanta ini.

Apa yang dia mahukan dalam hidupnya adalah untuk mencari sumber pendapatan dengan cara yang halal dengan menjual buah di New Market Place, Cebu. Malangnya, bukan semua orang memiliki hati yang jujur sepertinya…

Pada suatu hari, Solomon yang sedang membuka gerai buahnya telah dihampiri oleh seorang lelaki tidak dikenali. Lelaki berkenaan telah ‘membeli’ seikat pisang yang berharga RM8 dan membayarnya dengan sekeping wang kertas bernilai PHP1,000 (RM79.40).

Facebook/An Ge Lie

Ketika itu, penjual buah yang berusia 76 tahun itu langsung tidak mengesyaki apa-apa dan terus berniaga seperti biasa selepas lelaki itu pergi. Setelah menutup gerai, pak cik tua ini ke kedai untuk membeli daging dengan menggunakan wang kertas yang diterima daripada pelanggan lelaki tidak dikenali itu.

Sewaktu hendak membayar, pak cik ini diberitahu bahawa wang kertas tersebut adalah wang palsu dan perkara ini membuatkan pak cik itu berasa amat sedih kerana merasa dirinya ditipu.

“Isteri saya sudah mahu pulang ke rumah. Kami merancang untuk membeli daging berharga RM16 dan memasak humba di rumah tetapi penjual itu enggan menerima wang kertas tersebut. Jadi, saya memutuskan untuk tidak membeli daging itu,” kata Solomon.

Kisah sedih yang dialami oleh Solomon kemudiannya dikongsikan ke media sosial oleh seorang jiran yang baik hati bernama Angelie Mabanta sehingga ianya menular dengan segera. Angelie turut meminta simpati dan bantuan orang ramai untuk memberikan sumbangan kepada Solomon.

Facebook/An Ge Lie

Cerita Angelie, “Ramai netizen yang tampil menghulurkan sumbangan. Saya langsung tidak menjangka orang ramai akan tersentuh dengan situasi yang dialami oleh Solomon.”

Terima kasih kepada perkongsian itu, Solomon telah menerima wang sumbangan yang membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Sumber: An Ge Lie/Facebook, Rappler

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular