SAO PAULO : Seorang model lelaki menemui ajal di pentas peragaan selepas rebah secara tiba-tiba pada hari terakhir Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW), Sabtu lalu.

Penganjur dalam satu kenyataan berkata, model lelaki itu yang dikenali sebagai Tales Soares didakwa tidak sihat namun tetap berkeras untuk melaksanakan tanggungjawab pada hari terakhir minggu fesyen berkenaan.

“SPFW baru sahaja menerima berita kematian model Tales Soares yang sakit secara tiba-tiba semasa pertunjukan Ocksa,” katanya tanpa memberikan punca kematian.

Ketika kejadian, model berusia 26 tahun itu dilaporkan rebah ketika mahu berpusing meninggalkan pentas dan pasukan perubatan segera menerpa ke arah beliau sambil disaksikan penonton yang terkejut.

SPFW berkata, Soares dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Di peringkat awal, dilaporkan penonton menyangka Soares melakukan gimik sebelum pasukan paramedic menghampiri model tersebut.

ODN/Youtube

Bagaimanapun sejurus sampai doktor mengesahkan model berkenaan telah meninggal dunia kira-kira 10 minit lalu.

SPFW dalam kenyataan menzahirkan takziah kepada keluarga Soares dan melahirkan rasa sedih dengan insiden yang berlaku.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Soares,” kata SPFW manakala label fesyen Ocksa dalam satu kenyataan di Instagram berkata, seluruh pasukan amat terkejut dengan kematian Soares yang menandatangani kontrak bersama agensi modeling Base MGT.

Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan Brazil masih lagi menyiasat  berhubung insiden tersebut dan belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Sumber: The Star, BBC

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular