Usia muda tidak menghalang untuk seseorang itu berjaya, mungkin ayat itu yang paling sesuai kepada seorang mahasiswa dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang yang kini telah memiliki empat buah syarikat perniagaan berstatus ‘enterprise’.

Walaupun baru berusia 25 tahun dan masih lagi bergelar mahasiswa, namun Noorazeaty Maulad Mohd Khalif kini menerima pulangan sehingga RM15,000 sebulan hasil titik peluhnya sendiri.

Berkongsi cerita, anak kelahiran Banting, Selangor itu berkata, dia mengenali dunia perniagaan adalah dari keluargnya sendiri dan dididik berniaga seawal usia 8 tahun. Sejak itu, dia tidak pernah duduk diam.

AstroAwani

Semuanya kerana dia berani menyahut cabaran memasuki dunia perniagaan dan rajin menimba ilmu.

Akuinya, setiap masa dia sentiasa memikirkan untuk mencari wang demi mencari modal untuk berniaga.

Dia juga tidak kedekut untuk keluarkan modal bagi menyertai bengkel keusahawanan dan sesi latihan di mana saja.

“Kalau diikutkan sejak usia 20 tahun, saya sudah berhasrat mahu berniaga. Ketika itu, muncul idea untuk mengusahakan penternakan lembu, saya berniat untuk menamatkan pelajaran sehingga diploma sahaja.

“Tetapi ibu meminta saya meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah, jadi saya tunaikan permintaannya. Dalam masa yang sama, saya mencari peluang untuk berniaga dan bekerja separuh masa,” katanya yang dipetik Astro Awani.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DelishChocolate.Official (@delishchocolate.official) on

Zety ditemui selepas terpillih sebagai ikon keusahawanan dalam program Reach Out and Awareness Protégé di Universiti Putra Malaysia.

Berkongsinya, dia bermula dengan modal rendah iaitu RM3,000, sahaja.

Namun dalam perjalanan menuju kejayaan, dia juga berdepan kegagalan apabila menanggung kerugiaan sehingga RM20,000 di awal pembabitan dalam dunia perniagaan

“Sebenarnya, sampai sekarang saya masih menanggung kerugian itu. Tetapi tidak mengapa kerana perjalanan saya masih panjang, dan saya anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya yang turut memiliki rangkaian perniagaan lain iaitu percetakan dan agensi pelancongan.

Katanya lagi, di UPM dia menyertai Program Siswapreneur StartupBiz@CEM, sebuah program yang diperkenalkan kepada pelajar yang ingin memulakan langkah dalam perniagaan dan membentuk minat serta melatih pelajar dalam bidang keusahawanan.

Katanya, pelbagai pengalaman baharu dipelajarinya berkaitan aktiviti keusahawanan ketika mengikuti program di bawah CEM yang tidak diperoleh dalam kursus diambil.

Mahasiswa dari Fakulti Ekologi Manusia itu berkata, minat dalam perniagaan mendorongnya untuk menyertai program CEM pada tahun kedua sehingga terpilih mengikuti pengajian di Ali Baba Bussiness School di China untuk mendalami ilmu lebih mendalam dalam bidang perniagaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DelishChocolate.Official (@delishchocolate.official) on

“Alhamdulillah, dengan peluang diberikan, kini saya berjaya memasarkan produk coklat ke pasaran luar daripada universiti iaitu di Pulau Langkawi dan dalam perancangan dalam memasarkan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mass Hareeza Ali berkata, program yang dijalankan di universiti mencerminkan usaha bagi membantu pelajar supaya bukan saja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi memiliki nilai tambah lain seperti keusahawanan.

Katanya, pihaknya menyediakan pelbagai program bagi pelajar yang berminat dengan aktiviti keusahawanan.

zeatykhalif|Instagram

Selain itu, program disediakan terbuka kepada semua pelajar kerana pihaknya menyasarkan 180 pelajar mendaftar perniagaan mereka dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) setiap tahun.

Dalam program ini juga pelajar akan diberi pendedahan bersama-sama peniaga Perusahaan kecil dan Serdahana (PKS) berkenaan pengalaman mereka sepanjang menjalankan perniagaan dan tip berguna berkaitan keusahawanan kepada pelajar.

Katanya, sesuai dengan hasrat kerajaan dalam usaha menjadikan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya selepas tamat pengajian seterusnya membantu mengurangkan kadar pengangguran graduan, malah membantu membentuk usahawan dalam industri PKS.

Sumber: Astro Awanidelishchocolate.official|Instagram, Harian Metro

Maybe you're interested :

Share

Video Popular