Kucing adalah salah satu spesies haiwan yang disukai ramai kerana personaliti yang lincah, comel dan gemar bermanja. Tidak kiralah apa baka sekali pun kucing yang anda temui mahupun pelihara, kucing sememangnya mempunyai aura tertentu yang boleh memikat hati mana-mana manusia sekali pun…

Begitulah yang dilakukan oleh kucing comel ini setiap kali tuannya menyanyikan lagu ‘Kalau Rasa Gembira’. Dalam video berdurasi 20 saat itu, kucing comel ini dilihat sedang duduk di atas pangkuan seorang wanita ketika berada di dalam kereta.

UNILAD/Facebook

Dalam video berkenaan, pemilik kucing ini telah menyanyikan baris lagu kanak-kanak itu di dalam versi Bahasa Inggeris sambil dijawab oleh si kucing comel ini…

UNILAD/Facebook

If you happy and you know it say meow.”

“Meowwww~,” jawab si kucing.

UNILAD/Facebook

Bijak betul kucing ini. Video pendek yang dikongsikan oleh Unilad itu begitu menghiburkan sehingga meraih begitu banyak respon daripada netizen. Sungguh lucu! Ternyata hari anda pasti akan menjadi lebih ceria dengan menonton video nyanyian kucing ini.

Sumber: UNILAD/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular