Pelakon aksi Hollywood, Keanu Reeves yang terkenal dengan filem John Wick sememangnya merupakan pelakon yang menjiwai setiap watak yang dilakonkannya, kini mengamalkan prinsip yang sama dalam perniagaan baharu usaha sama mengubah suai motosikal.

Baru-baru ini, terdapat satu video Keanu Reeves menunjukkan koleksi motosikal miliknya. Dalam video tersebut, Keanu Reeves mengakui bahawa dia tertarik pada motosikal sejak masih kecil.

Pada tahun 1986 dia membeli telah motosikal pertamanya. Minatnya terhadap motosikal membawa kepada tertubuhnya syarikat motosikal, Arch Motorcycles, hasil usaha sama Reeves dan rakan kongsinya, Gard Hollinger yang juga pakar motosikal berkuasa tinggi. Arch Motorcycles membina dan menjual motosikal yang telah diubah suai.

Reeves mengakui bahawa dia memiliki sebuah motosikal Norton MK2A Commando 850 tahun 1973 yang dikatakannya mempunyai “bunyi yang hebat” dan “berbau baik apabila ia memanaskan minyak”. Tidak menghairankan, Reeves mengakui bahawa motosikal tersebut telah berjalan jauh bersamanya.

Motosikal lain yang mengagumkan dalam koleksi Reeves adalah Ducati 998 hijau yang ditunggang oleh Carrie-Anne Moss dalam filem The Matrix Reloaded. Pada asalnya motosikal ini adalah kepunyaan pengarah The Matrix, The Wachowskis.

Reeves juga berkongsi cerita yang bagaimana dia dan mendiang River Phoenix menunggang motosikal untuk filem My Own Private Idaho. Motosikal Norton berwarna kuning digunakan untuk penggambaran filem tersebut. Seorang lelaki tanya kepadanya, adakah dia tahu menunggang motosikal tersebut.

Keanu Reeves, yang sudah memiliki dua buah motosikal Norton pada masa itu, dengan tenang memberitahunya, “Saya tahu.”

Reeves mula menunggang motosikal sejak berusia 22 tahun dan kebiasaannya dia memilih untuk menunggang motosikal setiap kali ke set penggambaran filem, namun dia tidak pernah terfikir akan menceburi bidang perniagaan berkaitan motosikal.

Sekiranya anda tertanya-tanya, adakah akan ada babak Keanu Reeves menaiki motosikal dalam filem terbarunya? Reeves enggan berkongsi banyak butiran mengenai filem tersebut tetapi menyatakan, “Ya, saya menunggang [motosikal] di ‘John Wick 3’.”

Tonton treler untuk ‘John Wick: Chapter 3’ dalam video di bawah:

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular