Lihat sekeliling kita dan perhatikan sebenarnya masih ada yang tidak bernasib baik seperti kita. Tidak perlu berkerusi roda sepanjang hayat, tidak perlu jalan menggunakan tongkat atau menggunakan alat bantuan mendengar sepanjang masa. Namun, untuk mereka yang kurang bernasib baik mereka perlukan semua bantuan seprti itu. Tetapi, itu semua tidak bermakna mereka tidak boleh berdikari dan menjalani hidup yang gembira seperti orang lain.

Seperti kanak-kanak 10 tahun ini, kekurangan yang ada pada dirinya bukan penghalang buatnya untuk terus melakukan apa yang dia minati. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan impiannya tercapai. Siapa sangka gadis kecil tanpa tangan ini memenangi pertandingan menulis peringkat kebangsaan!

Peraduan Menulis Kebangsaan Zaner-Bloser 2019 merupakan anugerah buat pelajar yang mempunyai masalah dengan kognitif atau ketidakupayaan intelektual, fizikal atau perkembangan.

Washington Post

Dilahirkan di China, penutur bahasa Mandarin ini sebenarnya datang ke Maryland, Amerika Syarikat apabila dia diadopsi pada tahun 2015 ketika dia berusia enam tahun ketika itu.

“Untuk perkara-perkara yang saya tidak boleh lakukan, saya akan cuba mencari jalan untuk tetap melakukannya dan saya akan berusaha sebaik mungkin,” kata kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu yang menulis dengan memegang pensil menggunakan hujung lengannya.

WJZ

“Saya fikir ia agak sukar – kadang-kadang mudah dan kadang-kadang agak sukar – kerana saya tidak mengingati semua huruf untuk menulis,” kata Sara, menurut WJZ.

“Saya suka dengan cara huruf-huruf itu dibentuk, ia seperti seni,” katanya lagi kepada Washington Post.

Zaner-Bloser National Handwriting Contest

“Saya hanya mencuba sebaik mungkin dan ini adalah apa yang berlaku,” tambahnya lagi.

Menurut gurunya di Sekolah Katolik Wilayah St. John, Sara adalah seorang yang sangat kuat.

“Saya tidak pernah mendengar kanak-kanak ini berkata, ‘Saya tidak boleh.'”

Menurut ibunya, Cathryn Hinesley, Sarah seorang yang sangat berdikari. Dia tahu yang dia boleh melakukannya dan jika dia tidak boleh melakukan sesuatu dia akan mencari jalan untuk tetap melakukannya. Dia seorang yang cantik, kuat dan dia mempunyai hidupnya sendiri.

Dia mendedahkan bahawa Sarah tidak pernah memakai prostetik dan menolak ketika ditawarkan bantuan atau alat untuk memudahkan tugas.

Bagaimanapun, Sara kadang-kadang memakai tangan buatan yang dibuat oleh kakaknya, Veronica.

WJZ

 WJZ

Walaupun Hinesley belum memutuskan apa yang dia mahu lakukan dengan hadiah wang tunai USD500 (RM2,067) yang dimenangi itu, dia berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain untuk berhadapan dengan apa sahaja cabaran dan mengingatkan mereka bahawa “jika anda cuba melakukan sesuatu dengan bersungguh-sunngguh anda boleh melakukannya.”

Di media sosial pula, ramai netizen mengucapkan tahniah dan ramai memujinya kerana walaupun dia tidak mempunyai tangan tetapi dia tetap boleh menulis dengan baik sehingga tiada yang mampu boleh menandinginya.

WJZ/Youtube

Sumber: SAYSWJZ/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular