Semakin lama, bumi yang kita diami ini semakin uzur dek kerana perbuatan manusia tidak bertanggungjawab yang melakukan aktiviti kemusnahan alam sekitar.

Pembuangan sampah-sarap ke dalam sistem saliran, penebangan hutan, pemburuan secara haram dan tidak terkawal dan pelbagai lagi pencemaran lain telah memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan alam semula jadi kita.

Independent

Baru-baru ini, Ketua Eksekutif Penyelamatan Haiwan Antarabangsa, Alan Knight menegaskan bahawa orangutan kini sedang berada di ambang kepupusan ekoran perbuatan manusia yang sering mengganggu gugat habitat semula jadi spesies ini.

“Jika aktiviti penyahutanan masih berterusan, saya rasa tiada lagi harapan untuk orangutan kekal tinggal di habitat mereka. Saya boleh katakan dalam tempoh 10 tahun jika kita masih tidak menghentikan aktiviti penyahutanan ini.”

TheDodo

Kini, orangutan turut tersenarai dalam senarai haiwan-haiwan yang sedang diancam kepupusan seperti harimau Malaya, badak Sumatera, tenggiling dan sebagainya.

Pada masa yang sama, Independent melaporkan pengurangan jumlah populasi orangutan Borneo secara drastik adalah berpunca daripada aktiviti penebangan hutan secara tidak terkawal oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Persatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN) melaporkan, “Hutan yang menjadi habitat haiwan ini telah bertukar menjadi ladang kelapa sawit, ladang getah atau penanaman lada hitam manakala terdapat segelintir lagi dibunuh oleh manusia yang kejam.”

Twitter

“Orangutan menjadi buruan dan terpaksa keluar dari habitat mereka, sekali gus memperlahankan proses pembiakan.”

Justeru, apa yang kita perlu lakukan adalah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kelangsungan hidup orangutan sentiasa dilindungi…

Sumber: The Independent

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kempen

Video Popular