Berkat kecanggihan teknologi internet dan usaha bapa kandung yang tidak pernah berputus asa mencari anak perempuannya, akhirnya Kylee Bowers yang sesat berjaya menemui jalan pulang.

Pada 1 Julai 2018, Kylee Bowers yang berusia 18 tahun bersatu semula dengan keluarga kandung di tempat kelahirannya di China selepas tersesat 13 tahun yang lalu dan akhirnya diambil sebagai anak angkat oleh pasangan dari Amerika Syarikat.

The Paper/CGTN

The Paper melaporkan, pada bulan Mei 2005, Kylee atau nama asalnya Liang Jinglang, diambil oleh ayah kandung bernama Liang Hua, dari kampung halamannya di Leizhou, wilayah Guangdong daerah Shunde di kota Foshan tempat di mana dia bekerja. Bagaimanapun, oleh kerana asrama pekerjanya tidak membenarkan kanak-akank berusia 5 tahun itu tinggal bersamanya, Liang Hua meletakkan anak perempuannya di bawah jagaan saudara, yang tinggal di bandar Zhongshan tidak jauh dari bandar tempatnya bekerja.

Malangnya, pada 20 Mei, Kylee yang rindukan kampung halaman telah bertindak sendiri dengan cuba pulang ke rumah di Leizhou, tetapi dia telah tersesat dan hilang sepenuhnya. Pada hari kejadian itu, seorang wanita tua mendapati Kylee telah mengembara seorang diri berhampiran jambatan dan membawanya ke balai polis. Walau bagaimanapun, Kylee tidak dapat memahami bahasa dialek pegawai-pegawai di kawasan itu kerana dia hanya tahu bercakap dialek tempatan kampungnya.

The Paper/CGTN

Anak gadis ini kemudian telah  dihantar ke Rumah Kebajikan Kanak-kanak Zhongshan dan diberi nama Zhong Fengmin. Dia tinggal di rumah ini selama dua tahun dan kemudian dipindahkan ke rumah anak yatim dan kanak-kanak angkat sebelum diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat pada tahun 2012 dan memulakan kehidupan barunya di Chicago.

Selepas anak perempuannya hilang, Liang Hua telah pergi ke segenap penjuru bandar dan kota, demi mencari anak perempuannya yang hilang. Selama tujuh tahun berturut-turut, dia terus mencari sehingga terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan dalam pencarian Kylee, tetapi akhirnya dia terpaksa kembali bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya. Liang Hua dan isterinya tidak pernah berputus asa untuk mencari Kylee.

The Paper/CGTN

Di dalam bilik di mana anak-anak mereka akan melakukan kerja sekolah, Liang Hua akan sentiasa menyediakan satu tempat khas untuk Kylee, dengan harapan bahawa suatu hari nanti anak perempuannya itu akan pulang ke rumah.

Pada bulan April 2018, Kylee mula mencari keluarga kandung dengan bantuan ibu bapa angkatnya. Dia membuat catatan di laman sesawang kumpulan sukarelawan dikenali sebagai Baobai Huijia dengan butiran tentang bagaimana dia telah hilang 13 tahun yang lalu.

The Paper/CGTN

Kira-kira sebulan kemudian, Liang Hua melihat post itu dan menghubungi Kylee dalam ruangan WeChat. Dia bertanya kepada Kylee beberapa soalan, termasuk sama ada dia masih ingat pernah teralih bahu selepas jatuh dari panggung teater di hadapan rumahnya. Beberapa saat kemudian, Kylee menjawab dengan tangisan, “Awak ayah saya!”. Kylee terduduk sambil menangis ketika berada di dalam kelas.

Seminggu kemudian, pihak polis telah menyelesaikan ujian DNA, dan mengesahkan bahawa Kylee Bowers sememangnya anak perempuan Liang Hua yang telah lama hilang. Selepas 13 tahun dengan pencarian yang tidak mengenal erti putus asa, ayah kandung ini telah bersatu semula dengan anak perempuan yang dirindui di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun di Guangzhou.

The Paper/CGTN

Ibu angkat Kylee berkata, “Saya turut berasa sangat gembira untuk Kylee. Dia sentiasa menyatakan keinginannya untuk mencari keluarga kandung. Saya memberitahunya ia satu idea yang baik. Dia amat bertuah kerana mempunyai dua keluarga yang menyayanginya dari dua buah negara yang berbeza. Anda jarang mendapat peluang untuk melakukan perkara yang lebih baik daripada itu.”

The Paper/CGTN

Pada musim luruh, Kylee Bowers telah memulakan pengajiannya di Urbana-Champaign, Universiti Illinois. Ibu angkat Kylee berkata bahawa ketika masih dalam pengajian ini, Kylee berharap dapat melanjutkan pengajian ke luar negara terutama di sebuah universiti di China.

Sumber : The Shanghaiist

Maybe you're interested :

Share

Video Popular