Pekerja dalam bidang jualan sering dicemburui oleh pekerja dalam bidang lain kerana mereka boleh bekerja dengan masa yang fleksibel serta diberi komisen yang lumayan sekiranya mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan pada setiap bulan.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa pekerja bahagian jualan sering menghadapi tekanan yang hebat hampir setiap hari demi untuk melariskan produk yang dipromosikan.

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 25 tahun dari China mengalami kekecewaan di khalayak awam selepas satu sesi bertemu pelanggan.

Dia dilihat merebahkan dirinya di atas lantai sebuah tempat awam di sebalik timbunan muntahnya sendiri dan pihak polis telah dipanggil oleh seorang warga prihatin yang membuat aduan.

ETtoday

Polis tersebut bertindak mengejutkan lelaki ini sejurus tiba di tempat kejadian dan cuba membantu dengan menghubungi ahli keluarganya melalui telefonnya.

Apabila polis itu bertanya sama ada dia mabuk, lelaki ini berkata dia tidak mempunyai pilihan selain minum bersama dengan pelanggannya. Tiba-tiba, dia mula menangis dan mencurahkan perasaan tentang kesukaran dalam hidupnya kepada polis itu.

Salah seorang polis yang berada ke tempat kejadian berkata, “Lelaki ini bukan orang tempatan. Dia datang ke Nanjing kerana isterinya. Dia memberitahu bahawa keluarganya tidak miskin, tetapi dia tidak pernah meminta wang daripada mereka.

Oleh kerana dia seorang eksekutif jualan, dia terpaksa minum dengan banyak bersama pelanggannya untuk menutup dan mengikat perjanjian.”

ETtoday

Malangnya, dia tidak dapat memeterai kesepakatan perniagaan pada malam itu walaupun selepas sesi minum kerana pelanggan sedang menunggu arahan lanjut, yang mana telah mencetuskan kekecewaan itu. Difahamkan bahawa dia bukanlah seorang yang suka minum tetapi terpaksa melakukannya demi memenuhi kehendak pelanggan.

Sepuluh minit kemudian, isterinya tiba di tempat kejadian dan segera memeluk suaminya. Lelaki ini terus meminta maaf semasa perasaan kecewa dan sedihnya sedang dilegakan oleh isterinya.

Isterinya memeluk dengan erat dan memberi jaminan kepadanya bahawa semua perkara akan menjadi baik-baik belaka kelak. Saat yang menyedihkan itu telah dirakam oleh salah seorang yang berada di tempat kejadian dan video itu menjadi tular di media sosial.

ETtoday

Ramai netizen yang dapat merasai kesakitan dalaman yang sedang dialami oleh lelaki ini kerana mereka juga turut meninggalkan kampung halaman untuk bekerja dan mencari rezeki di bandar besar di mana semua orang adalah orang asing kepada mereka.

Selain terpaksa mengalami rasa kesunyian kerana tiada tempat mengadu, mereka juga perlu menangani tekanan di tempat kerja dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagi mereka yang pernah mengalami dan memahami situasi dalam bidang pemasaran dan jualan, lelaki ini mesti bekerja keras untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan, dan proses itu boleh jadi amat menyeksakan. Namun begitu, kehidupan perlu diteruskan kerana kerja hanya sebagai kerja yang ada saat turun dan naiknya.

Rakaman mengenai kejadian tersebut:

mini-fun|YouTube

Sumber : ETtoday

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular