Filem epik sepanjang zaman yang menggabungkan ramai adiwira hebat untuk menewaskan si penjahat Thanos iaitu Avengers: Endgame kini sedang hangat ditayangkan di panggung wayang seluruh dunia!

Filem berdurasi 3 jam ini dikatakan penuh dengan aksi pertarungan yang padat selain mempamerkan nilai-nilai murni lain yang memberikan pengajaran dalam kehidupan kita.

Oleh kerana filem ini begitu epik, pihak Pos Malaysia turut terpengaruh dengan ‘demam Avengers’ apabila tular satu entri di Facebook yang memaparkan salah seorang posmen sedang menghantar surat sambil berpakaian seperti Spiderman!

Pos Malaysia Bhd/Facebook

Dalam perkongsian yang dimuat naik pada 24 April lalu, dapat dilihat dengan jelas seorang posmen yang lengkap berpakaian Spiderman sedang menunggang motosikal.

Memetik kenyataan Pos Malaysia menerusi laporan Malay Mail, tujuan perkongsian gambar ini yang diambil berhampiran kawasan Pasar Seni adalah bagi menghargai jasa wira-wira Pos Malaysia sendiri iaitu posmen dengan memasukkan #posmenheroku di dalam kapsyen gambar berkenaan.

Asrul Muzaffar/Twitter

Penularan gambar ini meraih lebih daripada 400 komen dan 570 perkongsian serta mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Malay Mail/Pos Malaysia Bhd

“Apabila si wira perlu menyelamatkan dunia pada jam 11 pagi dan pada masa yang sama menghantar surat pada jam 12.”

“Kasihan tak sempat tukar uniform,” komen seorang netizen.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL Ria

Video Popular