JAKARTA:  Lebih 270 orang kakitangan pilihan raya Indonesia 2019 dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 10 hari, selepas pilihan raya terbesar di dunia.

MSN

Memetik Reuters, kebanyakannya akibat penyakit dikaitkan dengan keletihan, selepas bertugas dalam tempoh yang amat panjang  bagi mengira jutaan undi secara manual.

Pilihan raya 17 April lalu adalah kali pertama negara 260 juta penduduk itu menggabungkan pengundian presiden dengan pilihan raya perundangan nasional dan wilayah untuk mengurangkan kos.

MSN

Bagaimanapun, sesi pengundian berjalan lancar dan menyaksikan kira-kira 80 peratus daripada 260 juta yang layak mengundi dalam tempoh 10 hari dan merupakan pilihan raya pertama kali diadakan serentak.

Dalam pilihan raya kali ini, setiap pengundi perlu menanda lima kertas undi di lebih 800,000 pusat membuang undi.

Tugas mengira undi di negara itu amat mencabar dan terbukti boleh membawa maut kepada kakitangan suruhanjaya pilihan raya kerana mereka perlu mengira secara manual dengan menggunakan tangan.

Loop PNG

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan raya Umum (KPU), Arief Priyo Susanto berkata, setakat semalam, sebanyak 272 kakitangan pilihan raya meninggal dunia kebanyakannya kerana penyakit yang dikaitkan dengan gejala terlebih bekerja, manakala 1,878 lagi jatuh sakit.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan pekeliling pada 23 April lalu menggesa kemudahan kesihatan memberikan penjagaan terbaik kepada kakitangan pilihan raya, sementara Kementerian Kewangan sedang mengusahakan pampasan kepada keluarga kakitangan yang meninggal dunia.

Sementara itu, calon Presiden Prabowo Subianto telah mengkritik pihak berkuasa pilihan raya dengan membiarkan petugas melakukan kerja-kerja sehingga mendatangkan risiko kepada nyawa.

Sumber: Berita Harian, MSN, Reuters

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular