Jika ditanya mengenai azam tahun baru, ramai yang akan mengatakan mereka mahu kurus dan mendapatkan berat badan yang ideal.

Untuk itu ramai yang akan berusaha untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan. Mereka mula bersenam, makan makanan sihat dan ada juga yang mengambil makanan tambahan untuk kurus.

No Loneliness

Namun begitu, ramai juga yang tidak sedar bahawa makanan yang mereka rasakan ‘sihat’ sebenarnya menjadi penyumbang kepada kenaikan berat badan.

Penting untuk anda tahu makanan apa sebenarnya yang menyihatkan dan tidak. Hal ini kerana jika anda tersalah makan, kesemua usaha anda untuk kurus adalah sia-sia sahaja.

10 makanan yang boleh menggemukkan anda

Bagi yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan anda perlu menjauhi daripada mengambil 10 jenis makanan atau minuman ini. Tidak salah jika sekala sekali mahu mencubanya tetapi perlu dikawal pengambilannya!

01. Teh susu

Secawan teh susu = 405 kcal = 1 jam joging

Teh susu sangat sukar ditolak, bukan?

Secawan teh susu manis mempunyai lebih daripada 400 kalori, dan lemaknya pula melebihi 10 gram. Bayangkan pula jika anda menambah krim di dalam teh susu? Pasti kandungan kalori dan lemaknya akan meningkat berkali ganda!

02. Kekacang

Pecans 100g = 588 kcal = joging 1.5 jam

Ya, memang seronok menikmati kacang sambil menonton Netflix di rumah bersama keluarga. Namun begitu, anda perlu mengawal kandungan kacang yang diambil kerana jika terlebih ia akan menyumbang kepada masalah lemak dalam badan. Antara tips lain untuk memilih kacang elakkan kacang yang digoreng kerana ia lebih sihat.

03. Bakteria asid laktik

Minuman bakteria asid laktik (435ml) = 286 kcal = 40 minit joging

Jangan percaya apa yang dikatakan minuman bakteria asid laktik mengandungi ‘kosong lemak’. Ia sebenarnya mempunyai kandungan gula sebanyak lebih kurang 70 gram! Antara minuman dan makanan yang mengandungi bakteria asid laktik adalah produk tenusu seperti keju dan yogurt.

04. Makanan bergoreng

Kentang goreng 100g = 367 kcal = joging 55 minit

Makanan bergoreng memang enak dan mudah untuk disediakan tetapi jangan lupa kandungan lemak dan garamnya juga tinggi. Makanan bergoreng sebenarnya akan membuatkan anda kehilangan banyak nutrien dalam badan dan percaya atau tidak makanan jenis ini juga boleh mempercepatkan proses penuaan tubuh!

05. Makanan bungkus

Cip kentang 100g = 548 kcal = berjoging 82 minit

Makanan seperti ini sememangnya mempuyai bau yang menyelerakan. Buka sahaja tin atau plastiknya pasti sudah boleh membangkikan selera. Namun begitu ketahuilah bahawa makanan jenis ini mengandungi kandungan gula,  kalori, garam, dan MSG yang sangat tinggi. Kesemua bahan tersebut adalah tidak baik untuk tubuh terutama jika anda sedang mengamalkan diet yang sihat.

06. Kek berkrim

Kek berkrim 100g = 349 kcal = joging 52 minit

Kek dibuat dengan menggunakan tepung, gula dan mentega yang sememangnya mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi. Tambahan pula, krim yang ada pada kek dihasilkan dengan menggunakan majerin yang merupakan asid lemak tepu. Pengambilan asid jenis ini boleh membuatkan ketidakselesaan pada perut dan meningkatkan kandungan lemak dalam badan.

07. Bebola

Bebola 100g = 253 kcal = berjoging selama 38 minit

Siapa sahaja yang tidak suka akan bebola ikan atau daging, dumpling udang yang semangnya sangat enak? Tetapi berapa antara kita yang tahu makanan jenis itu sebenarnya mempunyai kanji dan lemak yang tinggi. Makanan jenis ini juga ada yang ditambah dengan bahan tambahan. Tidak salah untuk menikmati bebola tetapi adalah lebih baik jika anda menggunakan daging tanpa lemak dan elakkan bebola yang dibuat menggunakan makanan laut.

08. Alkohol

Satu botol bir = 160 kcal = berjoging selama 24 minit

Wain juga antara bahan yang boleh menambahkan berat badan dengan mudah. Minum 2 gelas wain merah bersamaan dengan makan semangkuk besar nasi. Selain kalori wain itu sendiri, alkohol akan menambah selera makan dan mengurangkan pembakaran lemak badan.

09. Buah yang dikeringkan

Manga kering 100g = 345 kcal = berjoging 51 minit

Apabila menonton TV, ramai orang suka makan buah-buahan kering. Ramai yang berfikir memandangkan makanan ini diperbuat daripada buah pastinya ia juga makanan yang sihat. Hakikatnya ialah buah-buhan yang dikeringkan adalah tidak sihat kerana proses pembuatannya yang menggunakan banyak bahan seperti gula, garam dan beberapa bahan tambahan lain.

Jadi, daripada makan buah yang dikeringkan adalah lebih baik untuk makan buah yang segar!

10. Mi Segera

Mi segera 100g = 473 kcal = 70 minit jogging

Bahan utama yang digunakan dalam mi segera ialah tepung dan minyak. Di samping itu, terdapat juga beberapa bahan lain seperti MSG, garam, minyak, serbuk cili dan perasa tambahan. Lihat sahaja kandungan yang ada di dalam mi segera jelas menunjukkan ia tidak baik untuk kesihatan dan mengambilnya setiap hari pasti akan menjejaskan tahap kesihatan anda.

Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu mengurangkan berat badan

Masih kecewa kerana tidak boleh makan mi segera atau kekacang yang menjadi kegemaran anda? Jangan sedih kerana masih banyak makanan lain yang enak dan sihat yang boleh anda ambil. Ingat, anda mahu sihat dan kurus, jadi apa salahnya untuk berkorban sedikit dan mula ambil makanan yang berkhasiat. Berikut adalah 10 jenis makanan yang boleh membantu anda untuk kurus;

01. Saderi

Saderi 100g = 16 kcal

Saderi bukan sahaja kaya dengan nutrien, tetapi juga mengandungi banyak serat makanan yang boleh membantu pergerakan gastrousus dan memiliki fungsi lain yang baik untuk tubuh. Antara cara pengambilannya yang paling mudah ialah dengan meletakkan hirisan daun ini di dalam telur goreng. Mudah bukan?

02. Nanas

Nanas 100g = 44 kcal

Nanas mengandungi banyak serat makanan yang mudah memberi orang rasa kenyang dan mengandungi kurang kalori jika dibandingkan dengan buah-buahan lain.

Nanas mengandungi enzim yang boleh menguraikan protein dan berkesan untuk membakar lemak. Antara kebaikan lainnya ialah dapat membantu pencernaan serta boleh mengurangkan kadar penyerapan lemak oleh tubuh.

03. Oat

Oat 100g = 377 kcal

Oatmeal adalah makanan rendah GI (Glycemic Index) serta memiliki kandungan protein yang tinggi serta nutrien komprehensif. Oat juga kaya dengan serat makanan yang dapat mempercepatkan rasa kenyang dan mengurangkan kandungan gula dalam darah. Ia amat sesuai dijadikan makanan ruji terutama bagi mahu mengurangkan lemak.

04. Chia Seeds

Biji Chia 100g = 486 kcal

Biji Chia memiliki kandungan omega-3 yang tinggi, protein, serat makanan dan antioksidan.

05. Teh Oolong

Teh Oolong 100g = 0 kcal

Hasil eksperimen menunjukkan bahawa teh oolong dapat menurunkan kandungan kolesterol dalam darah, merangsang aktiviti enzim lipolitik pankreas, mengurangkan penyerapan gula dan makanan berlemak serta dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak.

06. Kopi hitam

Kopi hitam 100g = 1 kcal

Kopi hitam mempunyai hampir sifar kalori dan kaya dengan kafein yang berkesan dapat membantu meningkatkan fungsi metabolisma tubuh serta boleh membantu menghilangkan detoksifikasi dan menghilangkan edema. Apa yang lebih menarik ialah dengan minum secawan kopi hitam selepas makan boleh membakar lemak.

07. Tomato

Tomato 100g = 20 kcal

Tomato boleh dimasak atau dimakan sebagai buah. Memandangkan kandungan kalorinya yang rendah ia sesuai untuk dimasukkan ke dalam diet harian. Tomato kaya dengan serat dan membuatkan anda cepat merasa kenyang.

Kandungan likopen dalam tomato juga dapat menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan metabolisma serta kandungan vitamin C yang tinggi boleh memberikan kesan yang baik kepada kulit.

08. Betik

Betik 100g = 29 kcal

Kandungan enzim betik seperti papain dan chymotrypsin adalah sangat tinggi. Enzim dalam betik adalah bagus untuk tujuan menguraikan kandungan gula dan lemak. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan kadar metabolisma dalam tubuh.

09. Cili

Cili 100g = 38 kcal

Makan pedas juga sebenarnya baik untuk mengurangkan lemak. Capsaicin yang terkandung di dalam cili boleh meningkatkan metabolisma tubuh, meningkatkan suhu badan serta boleh membakar lebih banyak kalori.

10. Brokoli

Brokoli 100g = 36 kcal

Brokoli mengandungi pelbagai jenis vitamin, termasuk vitamin C dan asid folik yang boleh mengawal lipid darah serta meningkatkan kadar detoksifikasi pada hati.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular