Penyakit tidak pernah memilih individu dan sesiapa sahaja boleh ditakdirkan untuk menghidapi penyakit. Seperti seorang doktor ini, Dr. Ian Davis didiagnosis menghidap penyakit neuron motor atau lebih dikenali sebagai ‘motor neurone disease’ (MND).

Penyakit MND ini merujuk kepada beberapa keadaan yang menyebabkan saraf pada tulang belakang dan otak kehilangan fungsi secara progresif.

Dr. Ian yang ketika itu berusia 33 tahun sedang dalam usahanya untuk mencari penawar kepada penyakit leukemia.

Namun, semuanya berubah setelah dia perlu meninggalkan kerjayanya dan fokus untuk mencari penawar buat penyakit MND yang sedang membinasakan tubuhnya.

Dia bersama beberapa individu telah mula menubuhkan kempen kutipan dana ‘Fight MND’. Setelah 4 tahun, kempen itu berjaya meraih sehingga $40 juta (RM165 juta).

“Sejak Yayasan ditubuhkan berikutan diagnosis Ian sendiri, kerja, keghairahan dan komitmennya terhadap perjuangan yang berterusan untuk mencari penawar telah memberi kesan dan memberi inspirasi kepada pesakit-pesakit MND di seluruh dunia,” kata Pengerusi FightMND, Bill Guest.

Setelah 7 tahun diagnosisnya, Dr. Ian memuat naik satu foto yang menyentuh hati di mana gambar berkenaan menunjukkan dirinya bersama anaknya Archie, yang berusia 4 tahun. “Hari ini, saya katakan selamat tinggal,” kata bapa berusia 40 tahun berkenaan di laman Facebook.

“Terima kasih di atas semua sokongan, dorongan dan kasih sayang yang diberikan sepanjang saya ‘melawan’ sakit ini. Saya akan meninggalkan tubuh yang sakit ini dengan hati yang berat. Tolong beritahu anak saya bahawa saya amat sayangkannya dan berbangga menjadi bapanya. Gambar ini ditangkap semalam menandakan kali terakhir saat kami bersama.”

Dr. Ian dikelilingi oleh keluarga dan rakan ketika mesin bantuan hayat ditanggalkan pada 1 November 2018. Mendiang merupakan seorang yang berani.

“Sesiapa sahaja yang terlibat dengan penyakit ini, tidak kiralah pesakit, ahli keluarga, mahupun para pengkaji harus memberikan rasa hormat dan terima kasih kepada Ian,” kata Bill.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular