Apa yang boleh diingati oleh Jean Hilliard hanyalah suasana yang gelap, tertidur dan bangun semula. Doktor yang menangani kesnya memberitahu bahawa apa yang berlaku kepadanya adalah sebuah keajaiban dalam bidang perubatan.

Hal ini kerana Hilliard kembali pulih selepas ‘membeku’ selama enam jam di bawah suhu negatif kosong. Kes “wanita yang hibernasi” ini kekal sebagai keajaiban dalam bidang perubatan hampir 40 tahun kemudian.

All Thats Interesting

Jean Hilliard, 19, tinggal di rumahnya di Lengby, Minnesota pada Disember 1980. Sehingga tahun 2017, bandar ini berpopulasi hanya sekitar 87 orang. Di luar  sempadannya terdapat hutan, tasik dan tanah ladang di utara iaitu di bahagian tengah Minnesota.

Pada tengah malam 20 Disember 1980, suhu ketika itu berada pada paras -22 darjah semasa Hilliard dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar bersama rakan-rakannya.

“Saya telah pergi ke bandar dan bertemu dengan beberapa orang kawan,” beritahu Hilliard kepada Radio Awam Minnesota.

Hilliard memandu kereta Ford jenis rear-wheel drive (rwd) dan tidak mempunyai brek anti-kunci milik ayahnya. Kenderaan tersebut sangat berbahaya untuk dipandu terutama ketika berada di atas jalan berais yang licin.

Apabila kereta itu meluncur masuk ke dalam parit, Hilliard terpaksa berjalan untuk mencari bantuan dan rumah rakannya, Wally Nelson yang ketika itu berada hanya sejauh dua batu dari tempat kejadian. Selepas melihat sahaja cahaya dari rumah Wally semuanya menjadi kelam dan gelap…

Melihat rakan beku di luar rumah

Kira-kira pada pukul 7 pagi, Nelson bangun dan ternampak seorang wanita yang diselaputi salji berada pada kira-kira 15 kaki dari pintu rumahnya. Nelson tahu itu adalah Hilliard yang berada dalam keadaan kaku dan beku. Matanya terbuka luas dan keadaan tersebut menunjukkan Hilliard rebah di laman rumah itu tanpa sempat sampai ke pintu rumah.

All Thats Interesting

Pada awalnya Nelson beranggapan Hilliard telah meninggal dunia kerana dia benar-benar dalam keadaan sejuk dan beku. Tetapi Nelson melihat ada buih yang keluar daripada hidung Hilliard yang menunjukkan gadis itu masih bernafas. Hilliard juga dikatakan sempat merangkak beberapa kaki sebelum akhirnya rebah dalam kesejukan.

Kemudian, Nelson terus membawa Hilliard ke hospital terdekat di Fosston dan di sana doktor begitu optimis berpendapat bahawa Hilliard akan ‘hidup’ semula.

Misteri Perubatan

Pegawai perubatan yang menangani kes tersebut yakin ada harapan untuk Hilliard sedar. Ketika itu suhu badan Hilliard benar-benar rendah sehingga tidak boleh dibaca oleh termometer. Wajahnya pucat dan matanya juga tidak memberi tidak balas terhadap perubahan cahaya. Kulitnya yang keras beku itu telah membuatkan jarum tidak dapat menembusi kulitnya dan patah.

Walaupun mereka menganggap Hilliard telah meninggal dunia namun kakitangan hospital tetap memutuskan untuk terus menyelamatkan gadis itu dengan memanaskan badannya dengan menggunakan pad pemanas. Suhu badannya ketika itu berada pada suhu 31°C iaitu 5°C di bawah paras normal. Akhirnya, mereka mendapat denyutan nadi sebanyak 12 denyutan seminit.

All Thats Interesting

Menurut Dr. Sather, Hilliard hanya memberi reaksi selepas tiga jam dia ‘mencair’. Hilliard hanya sedar pada waktu tengah hari dan mula mengalami kekejangan.

Bagaimana Perubatan Moden Mengendalikan Kes Badan Yang Beku

All Thats Interesting

Dr. David Plummer dari University of Minnesota adalah pakar dalam ‘menghidupkan’ semula orang yang mengalami hipotermia, suatu keadaan di mana tubuh manusia ‘mati’ kerana terlalu sejuk. Beliau telah berjaya menyembuhkan puluhan kes hipotermia sepanjang 10 tahun kerjayanya sebagai doktor.

Perubatan moden ketika itu menggunakan peranti khas yang menghangatkan darah pesakit sebelum darah tersebut mengalir masuk semula ke dalam badan mereka. Darah yang hangat, seterusnya dapat memanaskan organ dalaman.

All Thats Interesting

Doktor walau bagaimanapun tetap terus mencari maklumat lebih lanjut mengenai keadaan hibernasi seperti ini kerana mereka bukan sekadar cuba menyelamatkan nyawa orang yang ‘mati’ malah turut cuba untuk menyembuhkan luka akibat tembakan, trauma di kepala dan serangan jantung.

Kini Jean Hilliard dapat meneruskan hidup tanpa mengalami sebarang komplikasi selepas kejadian buruk yang menimpanya. Dia juga pernah melalui kehidupan berumah tangga, mempunyai anak dan bercerai. Dan yang paling penting, dia tidak lagi memandu di jalan berais pada waktu malam.

Sumber: ATI

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular