Pertama kali mendengar ada manusia yang tinggal di hutan ianya seolah-olah tidak masuk akal. Mana ada manusia yang sanggup tinggal di habitat haiwan yang penuh dengan bahaya. Nyawanya boleh sahaja terancam oleh binatang buas.

Bagaimana pula dengan kehidupan sosialnya? Adakah dia tidak perlukan teman untuk berkomunikasi? Bukankah manusia itu ciptaan yang perlu bersosial? Bermacam-macam soalan muncul di benak apabila mendengar tentang kisah wanita ini…

Percaya atau tidak, Emma Orbach dari Wales telah memutuskan untuk meninggalkan semua yang dimiliki dan mengambil keputusan untuk tinggal di hutan.

Di hutan dia hanya bergantung sepenuhnya kepada alam semula jadi untuk dia meneruskan hidup. Rupa dan cara pemakaiannya juga kelihatan agak berbeza jika dibandingkan dengan manusia lain yang hidup secara normal.

Emma kini tinggal di sebuah rumah sederhana dan semula jadi yang diperbuat daripada lumpur dan kayu.

Selain itu, Emma turut memakan apa sahaja yang ditemukan di dalam hutan. Adakalanya dia dapat makanan yang enak seperti ayam dan kambing.

Bagi kita yang melihatnya mungkin merasakan apa yang dilakukan adalah sesuatu yang payah dan menyusahkan. Tetapi tidak bagi Emma.

Dia sangat menikmati hari-harinya tinggal di dalam hutan.

Dia dikelilingi alam semula jadi tanpa Batasan. Pada waktu siang dia ditemani cahaya matahari atau kicauan burung-burung di hutan, pada malam hari pula, dia puas melihat dan menikmati gemerlipnya cahaya bintang-bintang di langit.

Emma juga melakukan beberapa aktiviti di sana. Dia memelihara haiwan-haiwan ternakan dan juga mengusahakan kebun kecil bagi memenuhi keperluan asasnya.

Kebanyakan orang mungkin menganggap apa yang dilakukan wanita ini adalah sesuatu yang gila dan tidak masuk akal. Siapa sahaja yang sanggup meninggalkan keselesaan hidup di bandar hanya untuk tinggal di hutan?

Namun bagi Emma dia berjaya mendapatkan kebahagiaan dan ketenangan dalaman yang tidak pernah dirasai sepanjang hidupnya di bandar.

Jika dia bahagia dengan jalan yang dipilihnya sendiri, mengapa kita perlu menghakimi keputusannya?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular